Barangkali
ada sebabnya
mengapa banyak
sistem yang ada
tidak dicipta
satu hala sahaja.
Struktur
politik; lebih satu haluannya.
Sistem jalanraya
kita dibina dua hala.
Masing-masing
ada kiri dan kanannya.
Punya jalan
pergi dan baliknya.
Jelas arah ke
depan dan ke belakangnya.
Kerana
selalunya teori tolak ansur
tak banyak manusia
mampu akur.
Sekadar ahli
dalam menyebut
tetapi hati
enggan mengikut.
Tatkala peraturan
gesaan si atasan
tidak
dituruti juga diamalkan,
sang bawahan
hebat menggalas hukuman.
Sementelahan
tiada peraturan dari yang di bawah,
komitmen
tidak dipersembah,
tiada
kompromi yang diendah.
Hasilnya tiada
yang mahu ‘memberi’.
Tiada pula yang ingin
‘menerima’.
Kerana itu
kena baiki sistem.
Kena buat
penambahbaikan.
Kena langsung
biasakan.
Kerana ini
bukan semata-mata hal sistem.
Tetapi juga sikap dan
kemanusiaan,
yang sering
di-pandang-enteng-kan.
No comments:
Post a Comment