Aku
terdengar bunyi hujan di luar blok 6 yang aku duduki ini. Aku menjenguk ke
luar, ah, langsung setitik air hujan pun tiada! Ilusi bunyi kipas pusing di
tengah ruang depan rupanya.
Eika
dan sangkaannya.
Tiba-tiba
aku teringatkan tugas aku sebagai AJK Hiasan Projek Melestari Common Room JPP
yang masih bersisa di penghujung perkhidmatan kami ini. Gencar fikiranku
membawa ingatan terakam seawal waktu projek itu dahulu.
"Bilik ni? Luasnya! Dah lah kena jalan
jauh-jauh dari blok 6. Lepas tu, sampai sini, ruang lapang bukan main. Barang
tak seberapa ada, perabot juga tak seberapa banyak. Huih. Jenuh."
"Jenuh apa?"
"Jenuh lah, kalau nak menghias."
"Tapi kita tetap memilih untuk menghias dan
memperindahnya, bukan?"
"Ya..."
Dan monolog
dalamanku pun terhenti.
‘Berkampung’ di blok 2 bersama Kak Nisa,
Kak Faizah, Syed, Ken, Alin dan Abang Amjad malam hari tu, sembang-sembang soal
persepsi dan realiti sedikit-sedikit memujuk lelahku. Cakap-cakap malam itu
membuat aku melihat segenap ruang semula.
Aku bagai
terapung dalam bayangan ruang-ruang dalam zihin aku.
"Kalau bukan kerana ruang, kau takkan punya peluang!" |
Ruang bilik.
Persepsi. Impresi. Realiti.
Aku
terfikir. Bila bayangkan ruang yang lapang dan luas-luas, terasa sesak juga adakalanya.
Maka, aku terfaham satu perkara.
Ada banyak
ruang, dan dalam banyak-banyak ruang tu mesti ada banyak juga yang luas
terbentang, tetapi itu tetaplah tidak boleh membuatkan kita memaksa manusia melihat
hamparan pemandangan itu dengan mancari nilai-nilai yang ada, apatah lagi untuk
disuruh masuk mengisi kelompongan yang diyakini (bukan sangkakan) ada.
Maknanya, dengan begitu banyak ruangan, dan sebab
manusia suka berprasangka, ruang-ruang itu haruslah lutsinar keadaannya dan
telus penciptaannya. Iya lah, supaya orang dapat lihat seluas saujana ruang
pandangan dengan jelas. Barulah tiada yang sewenangnya membagi persepsi
dan menyimpan tanggapan. Kan?
Erk. Aku rasa, analogi aku ini memakan tuan semula lah.
Namun aku kan.. masih saja lewa.
Dan aku rasa bagai terhutang kata dengan
Abang Nawi, Abang Amjad, Abang Ruznan, Baang atau mungkin semuanya (?).
Penuh. Aku kemudian letakkan jeda panjang untuk hal ni, sejak malam tu. Banyak
yang belum terbungkah, kerana aku masih tercari-cari kata untuk meluah isi
minda.
Allah. Bagi aku masa.
No comments:
Post a Comment