.:Followers:.

Friday, May 31, 2013

Dari Kerana Nama..

Dulu, sewaktu masih di bangku sekolah, saya cukup membenci nama sendiri. Dan saya teramatlah cemburu melihat teman-teman lain yang punya nama yang tidak aneh - cantik dan baik.

Sedang nama saya, kedengaran pelik – anggapan dan ‘pemberitahuan’ yang paling teguh dipasakkan ke dalam sukma selepas satu saat diri dihambat kekeluan dan malu yang teramat apabila seorang ustazah menegur tentang nama saya yang jelasnya ‘tiada makna’.


Large
"Ya. Aku masih tertanya-tanya.."


Dan sedang masa mendewasakan, saya mulai mengerti dan terus-terusan membilang pada diri ─ Apalah yang pada sebuah nama..?

Allah.

Fikir saya, nama ini sendiri adalah sebuah harapan. Harapan besar yang dibina oleh Mama Papa; yang barangkali telah (dengan teruja) membinanya sebelum roh ini ditiupkan ke rahim bonda. Mereka, tentu sepenuh mahunya untuk saya tekal mendewasa seiring harapan tersebut.

Bahkan saya percaya lagi yakin bahawa mana-mana orang tua pun tanpa kita sedar sebenarnya telah bersastera melalui nama anak-anak mereka. Ya, makna di sebalik nama itulah yang saya katakan sebagai sastera – narasi hidup yang bergerak nyata tanpa hujungnya.

Kitalah, pembawa nama ini yang bakal ‘memaknakan’ sastera itu walau ke mana saja kaki melangkah di atas bumi ini. Sekalipun langkah tersebut telah terhenti kerana kematian, tetapi akan tetap saja nama itu dikenang.


Meskipun orang tua yang memberikan nama buat kita, hakikatnya, tanpa izin-Nya juga  ia takkan menjadi sebuah kenyataan bukan ?

Ya, kerana pada asalnya Tuhanlah yang telah lebih awal menamakan kita sebenarnya. Maka dengan itu, bersaksilah harapan di atas harapan.

Maha Suci Allah, atas keindahan yang tercalit pada sebuah nama. Senyum. :)


Putri Zuleika FEREIZYA.

Mungkin tiada maknanya nama ini menurut mana-mana bahasa di dunia, tapi biarlah saya sendiri yang akan memberi makna pada nama ini. *Dengan menjadi insan yang istimewa, se-unik nama ini. Jika Allah mengizinkanku.. ;)


p/s: Siapa tahu barangkali kerana nama inilah saya sering dibaluti kekuatan yang serba aneh untuk bangun semula dari rusuh dan resah jiwa kan? :’)



Thursday, May 16, 2013

Ber Guru


Dah lama saya mahu menulis. Tapi setiap kali jari-jemari ini menekan papan kekunci, setiap kali itulah semakin banyak yang seolah-oleh hilang. Jadinya, banyak entri yang tak dapat dihabiskan, lalu tersimpan di dalam draft. Mungkin kerana mengenangkan peperiksaan akhir. Heh. 

Tapi, selalunya, bila sibuk bersedia untuk peperiksaan, saya akan lebih banyak menulis. Ataupun saya sudah berubah? Tapi, kalau menurut logik, bila kurang menulis, saya akan lebih banyak study. Tapi tak juga. Hehe. 

Perubahan hormon mungkin. 

Hmm. 

Hari Ahad lalu, semasa dalam perjalanan ke Masjid Jamek, sambil memerhati keadaan sekeliling, saya cuba juga nukilkan bait-bait satu puisi.

Mula-mula tentang makcik tua yang berdiri di hadapan saya, yang tekal berpaut pada tiang tanpa harapan di benaknya yang seorang anak muda pun akan mempelawanya duduk. Urat tangannya dah terkeluar, kelihatan dia sangat penat dan agak buntu.

Dalam tren yang bergerak, dari stesen KL Sentral.. Berjalan seharian menuju ke *Gombak, entah untuk apa pun saya kurang pasti. (*Konklusi saya bilamana dia asyik bertanyakan kepada saya setiap kali tren berhenti di setiap stesen, 'Mana ni nak, Gombak ke?) 

Saya membayangkan dia ibu saya. Dan saya bayangkan dia ada anak.
Tapi waktu dia keluar itu anak-anaknya semuanya sedang berbaring-baring di rumah sambil menonton televisyen. Oh ya, atau pun bermain Facebook macam sampah.

*aduh terasa!*

Kemudian saya tidak jadi menulis puisi. Ini kisah sedih yang saya tak mahu kenang. (??) *Maaf, cerita separuh jalan pulaknya..

Allahu rabbi~

***

Selamat Hari Guru buat Mama saya - guru pertama sejak terlahirnya diri ni.
Juga untuk semua dalam hidup ini.

Untuk makcik itu..
Selamat Hari Buruh, haritu. Mungkin makcik juga bekerja.
Dan, selamat Hari Guru untuk pelajaran buat saya haritu.

315472_4487558186358_400576153_n_large
"Watch and learn.."

Selamat Hari Guru untuk semua!!

- - -

Aku sedang maju, tetapi bukan dengan kamu.
Aku kini melangkah, jauh sekali bersama mereka.
Aku akan berjalan lagi. Untuk kejaranmu kian mendekat.

Biar sahaja aku hilang dari peta dunia,
Andai bisa kulakukan begitu.
Kerana hadir aku bukan untuk aku, tetapi mereka.
Kalau suaraku tidak mahu didengar, tulikanlah telinga.

Cuma, biarkan jasa mengalir demi hari depan.

Bukan nama, bukan harta. 
Bukan pandang sanjung yang kuperlu.
Cuma doa.

Aku cuma milik Dia.
Biar lara hiba suka ria aku, Dia yang tahu.
Tetapi untuk kalian, ingin ku sembah segala bahagia.

Kerana, bahagia kalian adalah sinar untuk aku.
Meski mungkin, aku bukan bahagia kalian.

Cukuplah dalam harapan,
 jalan ini penuh dengan suasana indah nantinya.
Itu doaku.
Meski hari itu, aku tiada lagi bersama untuk mengecapnya.

Bisik hati pendidik muda.
Mungkin nanti. Mulanya kini.

Lembah Pantai, KL.
Taipan baru. 11.40 pm.
Dengan capaian tanpa jalurlebar.


p/s:
Kata orang semua manusia adalah guru kepada dirinya sendiri.
Maka, berikan saya hadiah, orang muda! HA-ha


Thursday, May 2, 2013

In case.. Kau, aku, kita terlupa..

Kita di sini, di sekolah, panggilnya - cikgu. Walaupun pada hakikat, belum rasmi lagi jubah dan topi graduasi dipakai.

Jangan nafi setiap kali lalu lalang di koridor maupun bersesak di tangga, mereka ramai-ramai beri laluan, beri salam, beri tunduk hormat pada kita.

Padahal kita cuma orang yang sedikit ilmu.
Sedikit tahu.
Sedikit fasih.
Dan banyak salahnya.

Ibubapa, masyarakat di luar. Mata-mata mereka penuh harap.
Dari jauh sudah melolong, bagai minta ditolong anak bangsa, saudara mara yang sedang merintih nyeri melihat kebobrokan generasi kini.

Bila ditanya, masalah apa - katanya anak beranak bertelagah, rusuh resah segala apa. Kita tepuk, usap-usapkan bahunya. Usianya barangkali setua ibu kita di rumah. Tapi wajahnya lebih muram durja. Matanya basah. Anaknya tak bisa diselamatkan lagi. Setelah diselidik itu ini, ketahuan sudah ada ‘isi’.

Belum kira yang terdampar di jalanan, beralas tikar plastik. Berbaur rata bau najis dan kencing – kerana dadah, entah segala apa. Sampai terkadang jijik kita lebih dari simpati. Yang ya, realitinya terjadi.


"Kalau sudah ter-masuk dalam bidang ni, perbetulkan niat tu. Niat kita harusnya satu saja, yang terutama, iaitu untuk MENDIDIK ANAK BANGSA."

-Encik Misrosman, PK Pentadbiran SK Pendidikan Khas Kg. Baharu


Large
"..bukan yang biasa-biasa.."

ALLAH.

Semoga diberi empati.
biar jangan kita jadinya 'cikgu asal ada'.

Semoga diberi faham,
nilai manusia bukan percuma.

Dan semoga diberi insaf,
kita bukan siapa-siapa.. berbanding Dia!


Thursday, April 18, 2013

Bukan Delusi


"Macam mana nak selesaikan masalah, kalau kau pun tak tahu apa masalah kau". Dia mengomel-ngomel sendiri.

Saya masih termenung kosong di hadapan kaca skrin laptop, sambil bertongkat dagu.

"Orang lain semua tahu keperluan untuk berubah. Tapi kau, masih dengan cara ni? Kau ni buta lah. Buta dengan emosi sendiri".  Kali ini nadanya berbaur kesal dan marah.

Saya menyelit rambut yang jatuh terjuntai ke belakang telinga. Rimas. Bertambah rimas dengan bebelannya yang sedari tadi tidak berhenti-henti.

"Tak boleh ke kau jadi keras hati sikit? Ni tidak, lembik sangat. Mudah sangat terima, sebab tu mudah kena pijak. Kau ingat, apa kau buat tu semua betul ? Asal cakap saja memang lah senang.. Hati pun terjaga.. Padahal, sakit dalam kepala, dalam badan kau tu siapa yang tahu? Kau jugak yang tanggung sendiri..."

Saya meraup muka, tidak tahan. Sebelum sempat dia habiskan bebelannya, saya bangkit dan lontarkan suara bersama sebal yang tidak bisa ditahan lagi,

"Dah tu, kau nak aku buat apa??!"

Dia terdiam, sedikit terkejut dengan reaksi saya yang sebegitu.
Saya palingkan muka,  lempar tubuh ke atas katil dan sorok kepala bawah bantal.

Perlahan-lahan dia mampir, "Aku bising-bising pun sebab aku care. Nanti apa-apa jadi, bukan ada orang boleh tolong kau pun. Kita dua je yang kena hadap sakit tu semua.."

Jeda. Diam-diam saya mengakui kebenaran kata-katanya itu.

"Kau lebih tahu apa yang kau kena buat. Cuma kau tak berani je kan? Sudah lah. Embrace it. Make a move. Sebelum terlambat.."

Saya mengangguk kecil. Dia pun diam, hilang dan kembali dorman dalam pemikiran saya sendiri.

……

Alarm fon mengejutkan. Tersentak dari pembaringan dengan jantung yang dipompa kencang.

Malas-malas saya bangkit, masih terseret dengan skrip fikiran yang bukan-bukan sebentar tadinya. Sekilas terpandang refleksi wajah sendiri di kaca kecil, masih ada sisa calitan bedak di wajah - yang sepatutnya menampakkan seri. Namun kala ini, pudar sekali.

Fc68187ff1f7a705fc9baedb473fa9a0_large
Kerana kau penting, bukan hanya pada diri kau.

Azan Asar menyusul. 

Nafas dihela pendek. Wajah diraup dengan kedua telapak tangan. Melekit, dengan peluh sendiri. Geli.

Resah, gelisah, gusar, takut, sedih, bimbang, kelu, kesal, buntu dan hampa berlari-lari di setiap selang urat nadi.

Allah. 
Ini bukan hidup yang saya mahu.

Huh.

Aku perlu Tuhan, segera!


Sunday, April 7, 2013

Masih

Okay lah, macam ni ceritanya.

Pernah satu masa dulu, masa nak buka kipas di surau IPG KBA, saya cuba lah tuah; kata orang muda: cuba nasib. Banyak suis di situ, lebih dari 8 kalau tak silap. Jadi, kebarangkalian untuk saya dapat tekan suis kipas yang betul hanya 1 per 8+ ja lah. *Heh, kalau optimis, boleh nampak potensi besar tu =,=

Mula-mula saya cuba tekan yang tengah. ‘Plak'. Tak Hidup.

Cuba yang tepi pula. Tak juga.

Kemudian, saya cuba hat hujung. Masih tak hidup.

Saya pun mula nak kutuk-kutuk suis tu. Biasanya di bilik boleh ja main teka-teka suis ni; bahkan selalu rasa ada bakat overdose dalam bab meneka. HAHA.

Dah hampir selesai mencuba, baru saya perasan, yang paling dekat dengan saya waktu itu masih belum saya cuba. Dan ada lagi satu suis jugak. Kiranya waktu itu 50-50 lah.

Dengan lafaz bismillah, kemudian saya tekan yang paling dekat.

"Yeay!! Alhamdulillah.."

HAHA. Boleh tahan thrill jugak buat benda macam kanak-kanak.

Tak lama lepas tu barulah saya terfikir macam dewasa sikit.
“Aiyak, kenapalah aku tak terus pilih yang paling dekat dengan aku tadi..”

Itulah.
Saya ni rupanya suka sangat fikir benda yang belum pasti. Padahal benda yang depan mata dah jadi macam apa, buat tak tahu jaa. *tepuk dahi*

Ok, berakhir kisah menjadi dewasa!

Kesimpulannya, 
Bila saya katakan mahu menjadi yang matang, saya fikir banyak. Saya ini, betul ke dah matang? Dan saya pun angguk banyak kali.

Stop. Kemudian geleng lebih lama.

Free_yourself_quote_large
Susah koottt. Huhu. Tapi takpa, saya cuba.


Haihhh~ Lepas tu ada pulak hati nak kahwin. Dush dush! *~*




p/s: Minta maaf atas ke-tidak-formal-an bahasa untuk entri kali ni. Nanti saya denda diri sendiri k? #Ehh


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]