Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan
dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang
diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah,
gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa,
maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
[Surah Ali Imran: 186]
Ah-ha. Lawak betul.
Semalam, maksud saya, semalam-semalam, saya hampir bertanya Tuhan,
"Kenapa aku?".
Hari ini saya bagai mahu berterima kasih, bukan, saya memang berterima
kasih pun atas cerita hidup saya yang serba aneh namun lumayan ini.
Kemudian saya pun mula bertanya diri sendiri, "Apa yang kau dah
buat?", "Apa yang kau mahu sebenarnya?"
Tapi saya tak punya jawapan untuk itu.
Manusia memang banyak sungguh soalan. Saya sendiri begitu. Dan dalam ayat
paling sastera saya mungkin dapat tulis,
'Dan soalan itu bagai air terjun yang jatuh ditarik graviti dari gunung yang
tinggi, kemudian sekejap mengalir laju, sekejap berolak tenang hatta kembali
bertakung di laut, kemudian singgah menampar pantai, menjadi ombak yang setia
berpukulan.'
Apakah kalian pernah? Menyoal dan bertanya tanpa punya jawapan? Atau ‘disinisi’ kerna jawapan kalian dilabel
kurang bijak dan kolot?
Saya pernah, saya masih, dan saya benci keadaan itu.
Memang saya tak suka
hadapi masalah kekeliruan emosi.
Dan, iya, saya lazimnya memilih untuk terus pergi tanpa sebarang penjelasan,
pencerahan atau syarahan.
Sebab, saya takut ianya akan berakhir dengan
penyesalan yang dahsyat, atau kemarahan atau kesedihan atau apa-apalah yang tak
menyenangkan - yang kesannya berpanjangan.
Saya tak berani mendepani emosi. Saya
jadi sukar percaya dan semakin galak bertanya lagi. Saya nyaris-nyaris tak
percaya yang inikah hidupnya di negara demokrasi? Rusuh-resah begini? Geram.
Kesal pun ada.
Memanglah, rasa serabut bila menghadapi masalah begini. Lagian, saya bukan
pendekar atau adiwira yang boleh kalahkan siapa-siapa.
Ya, saya akui, kali
ini memang saya amat gelabah menghadapi rusuh hati dan serba salah, mahu lekas
berlalu pergi.
[Barangkali inilah
rasanya saat menjawab soalan yang ditanya Mungkar Nangkir bila kita mati nanti.
Barangkali kegelabahan yang serupa inilah yang akan dirasa kalau-kalau soalan
itu semua tidak dapat kita jawab. Barangkali lah.]
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan
mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah
beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan.(QS. 3:185)
*Beringat. Bukankah
hidup untuk mati? *Tazkirah sesaat yang afdhal. ;)
Terpaksa akur, bila
saya lihat diri saya sekarang ni, sedikit sebanyak adalah juga rasa jengkel
dengan apa yang saya dah jadi. Akademik, Alhamdulillah, semuanya baik-baik ja
setakat ni. Tapi hal-hal yang lain, betul-betul buat saya terpukul. Mahu saja
saya menghukum diri sendiri kerna buat sekian kalinya membenarkan sisi paranoid
ini mendominasi.
Aduh, cakaplah apa
saja, saya tak kisah dah. Allah ada sebagai penjaga, pembela.
Yeah, saya rasa saya dah bebas. Dan saya dah malas pun nak melayan
provokasi manusia yang suka bercerita. Sekarang, saya rasa okay ja kalau satu dunia nak tahu siapa saya pun.
***
Sebelum lena, saya pun baca doa sambil memandang kipas siling yang berputar
sederhana lajunya, lepas itu dalam hati bertanya lagi, "Allah, apa pula
yang aku perlu buat kali ini?"
Dan macam yang saya
jangka (dan semua pun sedia maklum), Allah sentiasa bersama, dan jawabNYA,
“(Yaitu) orang-orang menafkahkan (hartanya), baik di waktu
lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan
(kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(Ali Imran: 134)
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah
kepada Allah, supaya kamu beruntung.
(Ali
Imran: 200)”
Dan sekarang, saya dah ada banyak soalan yang terjawab. Kala saya menulis ini
pun, persoalan saya tentang 'penerimaan takdir' telah terjawab. Saya tidak akan
menyoal lagi kerna sungguh, saya mahu hidup tenang, walau bagaimanapun
cabarannya.
|
"Dan dugaan itu, selalu datang dengan ceritanya.." |
Allah.
Terima kasih Allah,
kerana melakar masa sukar ini di atas kanvas hidup saya.
Terima kasih Mama
Papa, kerana tampil menjadi penguat dan
menuntun tangan ini agar terus berlarian, tanpa kalian menyedarinya.
Terima kasih diri
sendiri, kerana mengingatkan dan mengembalikan semangat.
Terima kasih Cikgu
Ahmad, kerana buat kesekian kalinya, memberikan kata-kata rangsangan yang
memapah perlangkahan ini.
Terima kasih semua,
yang mendoakan kekuatan dan kebahagiaan saya, insan aneh-lagi-tak-menentu-pasang-surutnya
yang bernama Eika ni.
Saya sudah hampir
pulih sepenuhnya. Saya harap.
*Berterima kasih ja
lah yang saya mampu. Elaun belum masuk lagi maa~ :P
p/s: Maaf, berjuta-juta maaf, kerana telah sekali lagi menulis dari sisi
peribadi. Syukran ‘ala
kulli hal. Jazakumullah.