Papa dan Mama..
kau mencintaiku
seperti bunga mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala
kau mencintaiku
seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membahagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa
Ummi wa Abi..kau mencintaiku
seperti bunga mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala
kau mencintaiku
seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membahagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa
pada mereka ada syurga buatku,
jasa mereka tidak terhitung,
bakti mereka tidak ternilai.
Betapa makbulnya doa papa dan mama
hingga aku mampu hidup bahagia.
Namun andai terguris hati kecil mereka,
bisa membuka pintu kegagalan dan dosa..
.: disebalik kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. setitis air mata kesedihan yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada redha dan syurgaNya.:.
p/s: hayatilah betapa sucinya kasih ibu dan bapa. hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjamNya dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. izinkan kenangan indah bersama insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita.. :)
No comments:
Post a Comment