kerana hanya dari KEYAKINAN HATI barulah kita bisa mengerti...
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pernah berdialog dengan Zilib Al-Yamani..
"Apakah Amirul Mukminin pernah melihat Tuhan ?"
"Bagaimana aku mnyembah sesuatu yang aku tidak lihat ?"
"Bagaimana tuan melihat Dia ?"
Dia tidak dapat dilihat oleh mata dengan pandangan nyata.. Tetapi,
kewujudanNya dijangkau oleh hati dengan HAKIKAT KEIMANAN.
Dia dekat dari segala sesuatu,
tapi tak dapat disentuh..
Dia jauh.. namun Dia tetap bersama segala sesuatu..
Bgaimana kita dapat melihat Tuhan dengan pandangan mata,
sedangkan sebahagian bukti kewujudanNya pun, seperti matahari..
tak mama ditatap oleh mata kita !
kelawar di siang hari buta..
tidak dapat melihat..
bukan kerana tidak wujud sesuatu untuk dilihat,
tetapi kerana..
hanya dalam kegelapanlah baru matanya dapat melihat !
Perasaan akan adanya ALLAH di dalam sanubari kita
adalah SEBAHAGIAN HIDUP KITA.
Perasaan itu tidak dapat dipisahkan,
sebagaimana tidak dapat dipisahkan kasih ibu kepada anaknya....
Perasaan tersebut harus selalu DIPELIHARA,
DIASAH dan DIASUH..
agar tak luntur atau berkurang..
IMAN
itulah pohon pertama yang ditanam oleh Rasul SAW dalam diri generasi sahabat; jauh sebelum hijrah ke Madinah
hari ini..hijrah telah berlalu berabad-abad lamanya..namun perjuangan mnyubur iman tetap mekar dan segar.
Ayuh para khalifah, hargailah nikmat IMAN, hargailah anugerah yang tiada bandingan ini !! ~
No comments:
Post a Comment