Bertanya si adik kecil pada sang bidadari   berwajah manusia...
"Wahai  kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa  itu, asyik berteman tangis  dan sendu sahaja."
Lalu berbicara  si  bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek   kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x   ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu   wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg   plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya   wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku,   lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas  ati. Lalu dipertikaikan  lagi..."Namun wahai kakakku,  wanita itu  fitnah dunia."
Tersenyum  sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah   adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg  beriman, tundukkanlah  pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya  bermaksud, wahai para  wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan  tutuplah auratmu.
 Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH  dahulukan  pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai  sang lelaki menjaga pandangannya,  maka tidak mungkin terlihat akan  wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.  Dan tidak ALLAH lupakan pesanan  buat wanita, agar memelihara auratnya  kerana disitu lah kehormatannya.  Sesungguhnya para wanita-wanita syurga  bergelar Hurun 'Ain itu, mereka  tidak memperlihatkan diri mereka  kecuali pd para suami mereka sahaja.  Dan mereka dikatakan wanita2 yg  suci.Namun... wanita yg beriman itu,  kata Rasulullah, lebih tinggi  martabatnya! Bukan fitnah semata-mata  jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa'  sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!  Sesungguhnya wanita yg beriman yg  solehah itu lebih baik dari ribuan  lelaki yg soleh."
Adik masih tidak berpuas hati. "Tapi kakakku, kenapa  wanita itu menjadi  peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang  bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus,  semakin terasa  mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang.  Al-Haya' itu dalam diri  setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas  insani. Dan al-Haya' itulah  pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah  al-Haya' sebagai pembenteng  diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur,  imannya runtuh. Kenapa mereka  merelakan diri menjadi peragaan? Kerana  mereka sebenarnya paranoid.  Merasakan diri tidak cukup menarik...  merasakan belum cukup lagi dunia  melihat diri mereka. Mereka sebenarnya  golongan yg kalah dr segi  psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu  pasti melindungi diri  mereka dari perbuatan murahan itu."
Adik  menggaru-garu  kepala.
"Jadi kakak,  masih adakah wanita yg solehah didunia ini?  Bagaimana hendak adik  kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi.  Hati terdetik moga  ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam  dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,  diperintahkan  wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka,  dengan itu mereka  mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka  demikianlah adikku  menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya...  pada akhlaknya...
Di  zaman ini,  tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun  adikku...  jgn dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati  mereka, tetap  ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH...  Kerana fitrah  cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku,  mereka ini,  tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak  ALLAH.  Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka...  Kadang  mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah  persepsi.
Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa  sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu  maksudnya mengetahui.  Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam  bidangnya. Persepsi yang  salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka  takut untuk berubah kepada  stage yang lebih baik. Kerena begitulah  persepsi masyarakat. Sedangkan  mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa  tujuan  dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila  mana dia  menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui  apakah  sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan  martabat  golongan HAWA ini... Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...
Wahai  adikku... 1001 keindahan penciptaan  wanita.
Pandai-pandailah dikau   menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku...  Wanita ibarat epal. Epal yg x  berkualiti...amat mudah diperolehi kerana  ia berguguran ditanah... Tapi  epal yg tak mampu dibeli, ia berada di  puncak. Susah dipetik, susah di  gapai. Terkadang epal itu risau,  kenapalah diriku belum dipetik.  Lantas ia merendahkan martabatnya dan  menggugurkan diri menyembah  tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH  jadikan begitu tinggi  martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu  tinggi... elok sifatnya...  sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.  Hanya pemuda yang benar-benar  hebat sahaja bisa memperolehinya...  Mungkin  bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan  di  dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik  di  taman dunia, kan? Tapi lebih bermakna bile ALLAH sendiri yang  mengarahkan  hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak."
Adik  terpaku sendiri. Mungkin membayangkan  sepohon epal yang besar dengan buah-buah  epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah   berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan   penghuni syurga ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu.   Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!
Alangkah  bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya  bidadari berwajah manusia...  berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment