Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi..."Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pada hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu.
Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih tidak berpuas hati. "Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."
Adik menggaru-garu kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada hatinya... pada akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yang toleh itu... kerana dalam hati-hati mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pada ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pada persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi.
Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yang lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai... antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tapi mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia, kan? Tapi lebih bermakna bile ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yang besar dengan buah-buah epalnya yang kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini.
Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak-kanak adalah penghuni-penghuni syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam
Friday, April 30, 2010
Sunday, April 18, 2010
Kasihmu Semerbak Firdausi
Papa dan Mama..
kau mencintaiku
seperti bunga mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala
kau mencintaiku
seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membahagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa
Ummi wa Abi..kau mencintaiku
seperti bunga mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala
kau mencintaiku
seperti matahari mencintai titah Tuhannya
tak pernah lelah membahagi cerah cahaya
tak pernah lelah menghangatkan jiwa
pada mereka ada syurga buatku,
jasa mereka tidak terhitung,
bakti mereka tidak ternilai.
Betapa makbulnya doa papa dan mama
hingga aku mampu hidup bahagia.
Namun andai terguris hati kecil mereka,
bisa membuka pintu kegagalan dan dosa..
.: disebalik kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. setitis air mata kesedihan yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada redha dan syurgaNya.:.
p/s: hayatilah betapa sucinya kasih ibu dan bapa. hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjamNya dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. izinkan kenangan indah bersama insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita.. :)
Iman Inside
sesungguhnya IMAN menbangkitkan sinar dalam akal,
kerana hanya dari KEYAKINAN HATI barulah kita bisa mengerti...
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pernah berdialog dengan Zilib Al-Yamani..
"Apakah Amirul Mukminin pernah melihat Tuhan ?"
"Bagaimana aku mnyembah sesuatu yang aku tidak lihat ?"
"Bagaimana tuan melihat Dia ?"
Dia tidak dapat dilihat oleh mata dengan pandangan nyata.. Tetapi,
kewujudanNya dijangkau oleh hati dengan HAKIKAT KEIMANAN.
Dia dekat dari segala sesuatu,
tapi tak dapat disentuh..
Dia jauh.. namun Dia tetap bersama segala sesuatu..
Bgaimana kita dapat melihat Tuhan dengan pandangan mata,
sedangkan sebahagian bukti kewujudanNya pun, seperti matahari..
tak mama ditatap oleh mata kita !
kelawar di siang hari buta..
tidak dapat melihat..
bukan kerana tidak wujud sesuatu untuk dilihat,
tetapi kerana..
hanya dalam kegelapanlah baru matanya dapat melihat !
Perasaan akan adanya ALLAH di dalam sanubari kita
adalah SEBAHAGIAN HIDUP KITA.
Perasaan itu tidak dapat dipisahkan,
sebagaimana tidak dapat dipisahkan kasih ibu kepada anaknya....
Perasaan tersebut harus selalu DIPELIHARA,
DIASAH dan DIASUH..
agar tak luntur atau berkurang..
itulah pohon pertama yang ditanam oleh Rasul SAW dalam diri generasi sahabat; jauh sebelum hijrah ke Madinah
hari ini..hijrah telah berlalu berabad-abad lamanya..namun perjuangan mnyubur iman tetap mekar dan segar.
Ayuh para khalifah, hargailah nikmat IMAN, hargailah anugerah yang tiada bandingan ini !! ~
kerana hanya dari KEYAKINAN HATI barulah kita bisa mengerti...
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pernah berdialog dengan Zilib Al-Yamani..
"Apakah Amirul Mukminin pernah melihat Tuhan ?"
"Bagaimana aku mnyembah sesuatu yang aku tidak lihat ?"
"Bagaimana tuan melihat Dia ?"
Dia tidak dapat dilihat oleh mata dengan pandangan nyata.. Tetapi,
kewujudanNya dijangkau oleh hati dengan HAKIKAT KEIMANAN.
Dia dekat dari segala sesuatu,
tapi tak dapat disentuh..
Dia jauh.. namun Dia tetap bersama segala sesuatu..
Bgaimana kita dapat melihat Tuhan dengan pandangan mata,
sedangkan sebahagian bukti kewujudanNya pun, seperti matahari..
tak mama ditatap oleh mata kita !
kelawar di siang hari buta..
tidak dapat melihat..
bukan kerana tidak wujud sesuatu untuk dilihat,
tetapi kerana..
hanya dalam kegelapanlah baru matanya dapat melihat !
Perasaan akan adanya ALLAH di dalam sanubari kita
adalah SEBAHAGIAN HIDUP KITA.
Perasaan itu tidak dapat dipisahkan,
sebagaimana tidak dapat dipisahkan kasih ibu kepada anaknya....
Perasaan tersebut harus selalu DIPELIHARA,
DIASAH dan DIASUH..
agar tak luntur atau berkurang..
IMAN
itulah pohon pertama yang ditanam oleh Rasul SAW dalam diri generasi sahabat; jauh sebelum hijrah ke Madinah
hari ini..hijrah telah berlalu berabad-abad lamanya..namun perjuangan mnyubur iman tetap mekar dan segar.
Ayuh para khalifah, hargailah nikmat IMAN, hargailah anugerah yang tiada bandingan ini !! ~
Saturday, April 17, 2010
Aku Ingin MencintaiMu
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Sunday, April 4, 2010
Maafkanlah !..
kepada semua..
ingin skali aku memohon ampun dan maaf..
tatkala aku begitu teruja menginterpretasi setiap cetusan rasaku di laman ini
tanpa ku sedar banyak kelemahan mula terbias
hinggakan ada hati yang kurang senang
sering kedengaran orang menegur
tiada manusia yang sempurna
begitu juga denganku
ku akui kekhilafan diri ini
namun bukanlah niatku merosak bahasa jiwa bangsa
dan ku tahu
bukan mereka sengaja mencari kesalahan
bahkan ini semua mengajarku
inginku katakan
setiap orang mempunyai cara tersendiri
begitu jua diriku
inilah caraku..mungkin berbeda
niat dan matlamatku hanya satu
untuk sama-sama menuju satu arah tuju
yakni mencapai redha Yang Esa
dengan itu kita kan sama merasa nikmat ukhwah
ku ingin kita senantiasa merasa dekat
agar tiada canggung antara kita bersaudara
hanya satu yang ku pinta..
moga taufiq dan hidayah ke atas kita
untuk sama-sama mengambil iktibar, amal, sampaikan..
apa yang ku perlu..
sokongan, dorongan, kemaafan semua..
kan ku yakin pada janji Nya
agar ku teguh menghadapi hidup selanjutnya..
nota:
di kala aku berdiri sendirian di sini..
tubuhku rapuh dan cair kerna 'terik mentari'..
hanya 'kedinginan malam' yang bisa membuatku pejal meniti 'panas' esok hari..
di kala aku berdiri sendirian di sini..
tubuhku rapuh dan cair kerna 'terik mentari'..
hanya 'kedinginan malam' yang bisa membuatku pejal meniti 'panas' esok hari..
Friday, April 2, 2010
*Something New
Could it be true
I’ve now found someone new
Is it all a dream?
Is it more than it seems?
Since we both first laid our eyes
I knew my prayers had come true
Coming together so soon
My heart turns into a full moon
My face glows whenever you're here
It seems like I've conquered all my fears
My heart skips a bit when you smile
I guess I don't even need wings to fly
Let's make things work or give it a try
So we won't regret for letting it pass by
Waking up being with you
Through this point I'd already knew
It's start of something new..
'Falling' - weheartit.com |
Subscribe to:
Posts (Atom)
[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]