.:Followers:.

Friday, September 30, 2011

Peduli.


Saya kira remaja sekarang perlu mengambil cakna tentang politik. (Sejujurnya saya juga kurang gemar memperkatakan isu politik.).


Tapi kan, politik bukan sekadar pilihan rayalah~ Sensitiviti terhadap hidup, sistem kehidupan, pendidikan, ekonomi dan nilai sosial, bukankah semua itu bersangkut paut dengan politik ?


Ahh bila bernaung di bawah langit IPGM segala rencah dunia yang satu ni senantiasa menjadi wadah yang berlegar-legar di minda, meniti di bibir.


Bila sudah bersendi demokrasi, kita perlu sama-sama belajar mendengar dan menghalusi. Pertelingkahan, pertuduhan, obsesi tidak akan membawa kita ke mana-mana pun selain lembah kekotoran.


Sekian, terima kasih. *Tidak mahu bercakap banyak. :P



Sunday, September 18, 2011

MERDEKA lah insan..

Sungguhlah dunia ini sekadar tempat persinggahan. Singkat. Ketika lahir kita diazan dan ketika pergi kita disolatkan, begitu singkatnya hidup. Antara azan dan solat !

*mutiara hikmah pertama yang bergentayangan di layar minda selepas sepuluh hari berkampung di Putrajaya demi menjayakan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka.

Sebabnya; tempoh itu saya rasakan bagai hanya semalaman, terlalu pantas masa berlalu.*


.::Ini luahan hati dan pemikiran::.

Kita tak boleh menjangkakan kehidupan.

Ada ramai manusia yang cuba senyum dan mempamerkan riak gembira, sedang hatinya berduka. *teringat Cikgu Azad (kedengaran nama itulah yang disebut-sebut semua, tetapi saya tak pasti siapa nama sebenar beliau. Maaf ya cikgu?). Cikgu yang lagi satu tu juga. (Maaf lagi. Saya tak tahu namanya =.=")

Kesabaran dan ketenangan yang beliau tunjukkan semasa memimpin latihan persembahan kami ketika itu benar-benar membuatkan saya terpukul dengan sikap diri yang pada mulanya asyik mengeluh tentang penatlah, sakitlah, tidur tak cukuplah, itulah, inilah.

Marah, resah, gelisah semua menjadi satu.

Bukan saya sahaja, kedengaran banyak lagi suara-suara sumbang yang merungut-rungut tanpa berfikir apatahlagi cuba meletakkan diri mereka di tempat guru-guru yang tanpa lelah memimpin lebih kurang 2300 orang pelatih guru yang setiap seorangnya punya kerenah masing-masing.

Malah para guru dan mereka yang berkenaan barangkali tidak tidur semalaman menguruskan sistem atau apa-apa penambahbaikan untuk formasi latar manusia waktu itu.

Maaf, cikgu semua !

Hanya sedikit manusia bersyukur. - Surah Al mulk

Kata-kata Cikgu Azad;

"Semua ni bakal cikgu kan ? Tahanlah sikit. Cikgu kena sabar. Kamu ada di sini berapa hari saja. Ada 4 tahun lagi yang bakal kamu tempuh dengan bermacam-macam lagi dugaan yang pastinya lebih teruk dari ini."

"Sama-sama susah, sama-sama senanglah.."

"Kalau nak orang kesiankan kita, kesiankan dulu orang lain.."

"Dah. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.."

Ada banyak lagi. Terima kasih, cikgu.

*kata-kata di atas diutarakan pada masa yang berbeza-beza. Bahasanya saya kemaskan dan tempelkan di sini. Saya tak ingat kronologinya, tapi memahami setiap intipati yang dilafazkan.*

Ini permulaan, bukan? Sekarang saya sedar bahawa kesakitan adalah nikmat. Betullah kata Cikgu Azad, kami akan menempuh kesakitan lagi selepas ini. Fizikal dan mental. Maka, saya perlu bersedia.

Perjalanan jauh lagi. Dan, ini satu lagi permulaan yang tulen.


Sampai di bahagian terakhir, ramai-ramai ikut menjerit "BOLEH !.." usai laungan "IPG BOLEH.?!!" dilontarkan Cikgu Azad dari atas pentas instructor di dataran hari itu. Suara paling kuat mengapung di udara. Ouh..

Sampai ketika menulis inipun, saya masih dapat merasakan gamatnya suasana di sana. Suara habis keluar dari kerongkong yang sakit. Dan saya akan selalu teringatkan hari yang bersemangat itu.

Lantas terdengar bayu membawa kata :


Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah

pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;

dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,

tenang dalam segala uji cabar dan debar.

Kita mencari hanya yang tulen dan jati,

sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak

yang jauh. Dalam gelora dan taufan

tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan

mengasuh kita bersuara dalam sopan,

yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,

inti tunggak dan menara kebahagiaan.

Ya, inilah karyanya A Samad Said, Hidup Bersama..


Jadi, fikir saya, dicampak ke mana-mana pun, asal sahaja kita sedar dan tahu bahawa kita sebenarnya sedang dalam medan perjuangan menundukkan nafsu, bermujahadah berhadapan dengan mehnah di samping tidak mengenepikan kehendak-kehendak duniawi yang halal, maka kita akan menjaga diri dan iman.

Semoga doa sentiasa tertitip supaya perjuangan ini buat menegak Ad Din, dan iman serta taqwa semakin padu supaya nanti kita tetap bakal bertemu di syurga. Insya Allah.

Terima kasih, Tuhan.. atas peluang dan ruang ini. Syukur.




Saturday, September 3, 2011

Yang Mana..

Kekalutan akademik. Ini ialah tanggungjawab besar.

ALLAHU Rabbi. Berikanku kekuatan. Kekuatan untuk kekal menjadi ghuraba', kekuatan untuk menjadi penegak agama-Mu, kekuatan untuk mendepani ujian-Mu. Kekuatan, kebijaksanaan, kepandaian, keimanan dan ketaqwaan, istiqamah dan segala yang mahmudah. Amin~

Pergelutan yang sulit ini kalau ditempuhi akan menumbuhkan kekuatan yang luar biasa.

Moga-moga.

*keSERABUTan bertambah bila mengenangkan kerja-kerja kursus yang kebanyakkannya masih belum terusik. Perlahan-lahan ya Eika ? Umph..

*****


"Zuleika. Ketika aku menulis nama ini, aku teringat egomu, kesantunanmu, kekuatanmu..."

"Ada orang gelar aku kolot dengan sikap itu."

"Anggap sahaja itu refleksi. Kita punya definisi sendiri-sendiri"

Demikian saja dia berjaya meredakan rajuk hati. Ringkas, tapi sampai matlamatnya. Dan, saya tidak dapat mengepung titis-titis air hangat yang berhambur keluar dari mata. Semalaman saya begitu mengenang sikap diri yang berbolak-balik, yang lemah, yang leka dan alpa. Cis, insan.

Pun saya tahu, saya perlu membesar. Harus bangun. Dalam kekalutan zaman, tarbiyyah rohaniah seringkali perlu dicipta. Bukan semuanya sedia ada. Ke mana-manapun kita, di mana-mana pun tanah yang dipijak ialah tanah milik Allah. Oh, maka untuk apakah berduka?

Sejak itu saya ligat membelek untaian kata perangsang dan motivasi daripada merata sumber (saya tak cari, selalunya Terjumpa. *Sangat sibuk dengan tugas utama sebagai penuntut). Allah, nikmat apalah yang bisa aku dustakan?

Kemudian, ada sebu yang menerpa. Melalui tulis-tulisan. Moga itu bukan istidraj. Ini satu lagi langkah dakwah. Saya tidak ingat intipati bingkisan itu, tapi memahami satu soalan yang ada ditanyakan. Terima kasih, sahabat.

"Mahu jadi perempuan jenis apakah kita?"

Maksudnya ? Tertanya-tanya sendiri.

"Yang mana lebih baik?

-Jadi mawar berduri. Sukar dipetik, tetapi apabila ada yang berani menyunting, kita akan layu sia-sia.

-Jadi bagai semalukah? Bila mahu disentuh, ia langsung menutup diri. Tapi sayang pula, letaknya di kaki, dipijak orang bagai tiada apa erti.

-Jadi jinak-jinak si merpati putih? Ditabur makanan ia mampir, tetapi apabila dirapati ia laju terbang pergi. Bukankah lagaknya bagai tidak mengenang budi?

Saya hanya diam menatap warkah elektronik itu sebelum menyambung lagi...

"Tidak mahu jawapan klise begini, 'Jadi sahaja diri sendiri'!"

Saya tambah terkedu. Soalan itu kemudian terus mendiam di layar pandangan dan jatuh pada mata bagai panahan keras mahu saya berfikir!


Ahh.

Berkenal-kenalan dengan Hadzrat Rabi'ah Al Adawiyah, Allahuakbar. Perindu cinta abadi.

Masya Allah. Ada yang membisik tentang betapa hebatnya peribadi Hadzrat Siti Khadijah ra. Saya nak jadi begitu. Bijak, penyabar, beriman. Bisakah agaknya?

Thursday, September 1, 2011

Blessed.

As soon as I woke up to perform my Fajr prayer, I could sense the jittery, an awkward feelings that I had felt not for quite some times. I was then had a quick glance throughout my English Studies' reflection journal and Language Development's essays that need to be done before the lessons. Other course works too. I smiled.

I love the balance between the devices of literary, linguistics and democracy that seen between the lines. Yes, indeed, I am, most of the time, choosy on picking facts to represent my thoughts and opinions. To a certain extent, I choose not to talk until I find good things to be written about.

It is now eleven in the morning. The azure sky and cotton-ish clouds. I just love this day.

Thanks Allah for sending me here. Thanks, that today, on the beginning of the Syawal, you wake me up, make me alive and allow me to keep on breathing the fresh air, witness the hustle bustle of the unending business of your slave, and enjoy the tranquility as the wind blows.

It’s not easy. It’s a process. But for the love of Islam and Allah, let me improve myself both spiritually and physically. O Allah, make this love lasts forever.

Time is like a river. I can never touch the same water in a flowing river twice. The flow that has passed will never pass again. So I wanna make the best of the time that Allah has given us during this blessed month.

Lecture's drawing near. I know this is so random, but yes, this is going to be different :)


Sunday, August 28, 2011

Bila Lupa...

Malam Jumaat lepas, usai Isyak, saya dan Hamimi singgah ke blok 8 Asrama Puri IPG KBA. Dah lama sebenarnya saya bercadang nak ke situ tapi kerana ada tugas yang saya rasa lebih prioriti untuk dilakukan, jadi saya asyik tangguhkan saja (nak beli tudung je pun~).

Melihatkan variasi tudung di situ serta harganya yang sangatlah best, saya pun mulalah membanding-bandingkan tudung di situ dengan yang terjual di luar. Sudahlah mahal, tak sedap/elok pakai pula, segan kat orang.

Kak Aisyah (tuan rumah a.k.a tukang jual) dengan selamba berkata, "Tak apalah..kita bertudung bukan untuk nampak cantik pada orang..". Saya mengiyakan, tapi masih menegaskan tentang ketidakpuasan hati terhadap tudung yang baru saya beli dua bulan lalu tu.

Masa nak balik dari blok 8, saya pandang langit dan rasa macam ada yang tak kena.
Dan saya pun rasa marah tiba-tiba. Marah pada diri sendiri.

***

Kadang-kadang (selalu jugaklah), saya rasa tak percaya di mana saya. Rasa lemah dan tak terdaya, tapi saya tahu Allah sentiasa Ada.

Bila ada orang cakap budak sekolah agama begitu begini, yang baik-baiklah, saya rasa macam saya nak pergi balik ke SAMUS dan STISS dan beritahu pada adik-adik junior betapa beruntungnya berada dalam madrasah diniyyah.

Kadangkala (sebenarnya kebanyakkan masa), saya rasa macam tak boleh salahkan orang yang buat salah. Refleksi diri yang 'konon'nya baik ni, "Eika, apa ada kau kata? Mana amar makruf nahi mungkar?"

Baik ke macam tu? Bukan ke Rasulullah SAW kata yang tak sempurna iman kalau kita tak kasihi saudara seIslam macam diri sendiri?



Ahh, saya lah tu.


Dan saya rasa macam nak jerit, nak bagitau adik-adik supaya optimumkan input ilmu duniawi, ilmu ukhrawi, skill dakwah dan penghayatan pada agama tu sendiri sementelah masih di madrasah diniyyah.

Saya menyesal kerana ada lompong yang belum terisi. Heh, 'persediaan' bukannya persediaan ilmu je ye? Mental dan spritual pun kena bersedia sekali.

Dan saya pun terfikir. Ada je kawan-kawan yang jauh lebih baik walaupun hanya dari SMK biasa. Ish, saya bertambah geram dan marah pada diri sendiri.

Mula-mula ada rasa nak salahkan politik. Nak kata yang politik kita tak Islamik. Kemudian ada pula rasa nak salahkan penulis, mungkin sebab kita ada banyak penulis yang menulis benda yang kosong, lagha, (terasa juga ni~). Rasa nak salahkan institusi masyarakat la konon, apa-apa lagi entah dan akhirnya berjaya juga senaraikan beribu alasan dan penyebab dalam fikiran saya.

Tapi, saya tertinggal satu.

DIRI SENDIRI. Saya terlupa nak salahkan diri sendiri yang culas dan leka dalam dakwah dan mujahadah ilmu. Mungkin sekali saya tak mampu nak shahid di medan perang macam saudara-saudara di Palestin, tapi tetap kena berusaha untuk shahid di medan ilmu. Kenapa nak salahkan politik? Bukankah saya sendiri sebahagian dari politik? Penulis? Bukankah saya juga penulis terhadap kisah hidup saya sendiri?

Ha, sebab tu lah agaknya tiba-tiba saya marah pada diri sendiri.


Saya ingat bila saya beritahu Cikgu Ahmad masalah dalaman dan konflik yang saya hadapi dengan orang-orang terdekat tentang masalah beginilah. Dan kata-kata Cikgu yang paling terkesan,

Jangan berharap, sebaliknya realitikannya kerana ia adalah persepsi kita. Untuk bertapak adaptasi harus bijak. Matlamat harus jelas. Peribadi kena tegas. Hati kena kuat. Semuanya dari kita, atas izin yang MAHA ESA.”

Saya langsung menekur ke lantai. Tak tau nak jawab apa. Cikgu memang penasihat yang baik.

Dan say
a mula membina keyakinan dan kepercayaan.


Saya sendiri tak tahu sejauh mana saya akan pergi. Jadi doakanlah bagi perjalanan hidup ini lancar dan saya kuat hadapi ibtila'. Kalau saya lupa, tolong ingatkan saya (sebab tu blog ini ada ruangan komen :D).

Saya sudah mewah dengan kasih-sayang. Biarlah kalau kalian nak tegur apa cara sekalipun. Silakan. Saya nak menghargai hidup saya, orang di sekeliling saya.

Manalah tahu tiba-tiba
saya ada penyakit kronik ke, atau Allah nak ambil balik apa yang Allah dah pinjamkan untuk saya, (na'uzubillah min zalik). Manalah tau kan ? Saya tak nak rasa menyesal sebab tak guna sehabis baik anugerah Allah. Nikmat Allah untuk Allah.

"Bakat dikurnia jangan disalah guna. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma."

Tiba-tiba teringat petikan lagu Alhamdulillah - Too Phat ni.


***



Tiga hari lepas duit elaun masuk. Alhamdulillah. Akhirnya.
Duit elaun ialah duit rakyat. Kadang-kadang, rasa nak menangis saja dengan fakta itu. Apakah saya gunakan duit rakyat dengan sewajarnya?

Saya pun berkira-kira. Giat merancang perbelanjaan. Biar tak berlebih. Biar tak membazir.

Dan tiba-tiba saya dikejutkan dengan sekeping kad raya daripada Syaza Izzati, yang dah lama sampai tapi Mama baru teringat nak beritahu.

Terfikir lagi, Allahuakbar, tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan akan berlalu pergi.
Sejauh mana puasa saya?

Apakah sekadar lapar dan dahaga?




p/s: Ini introspeksi Eika Fereizya SM

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]