.:Followers:.

Saturday, May 14, 2011

Sebiru Hari Ini.

Assalamualaikum Warahmatullah . – Tak jawab dosa , kalau jawab , SAYAAANNG~!!

Beberapa minggu ni saya dah mula berasa malas nak ber-blog . Nak tahu kenapa ? Sebabnya mudah saja . Kerana saya rasakan sudah tiada lagi bibit mahupun tunas keikhlasan yang bercambah di tangkai hati saya . Jadi , saya menyesal . Mengapa pula ?

Setiap kali saya pos entri baru , saya akan rasa puas bila ada orang baca . Lepas itu , saya mula rasa syok bila baca komen . Kemudian , mula rasa seronok bila orang cakap tentang blog , apatahlagi bila orang mula syer-kan entri-entri kita . Dalam tak sedar , saya dah jadi ORANG YANG GILAKAN PUJIAN . Selepas muhasabah , (selalu muhasabah , tapi tetap buat salah~ Astaghfirullah ) saya putuskan untuk tak nak menulis lagi sampai bila-bila.. *oh tidak , menulis adalah JIWA SAYA~!*

Atau mungkin kerana "jiwa" saya itulah , saya jadi PERASAN , kononnya sayalah yang paling bagus . Blogger lain semua tak bagus . Ultraman Cosmos yang saya kagum selama ni tu pun dah tak dapat menandingi KEBAGUSAN saya . *Iyalah , encik Ultraman mana pandai menulis / ber-blog kan ? :P* (ouh , saya tak tanya Papa lah samada wujud atau tak perkataan 'kebagusan' tu dalam BM kita~)



Jadi sekarang , saya nak buang semua perasaan-yang-tak-berasas macam tu lagi . *dengan bantuan dan doa semua ya ?* . SELEPAS NI : Pembaca nak puji ? Silakan~ Nak baca ? Silakan~ Tak Nak baca pun , suka hati~ Kalau tak suka , pendamkan je dalam hati..sebab saya paling tak gemar kejian~ [tak perlu mencaci , kerna kita kan sama-sama MANUSIA ~ Monkey Emoticon] . Pokoknya setiap apa yang saya mahu / sedang / akan lakukan tak akan membawa apa-apa makna pun kalau dasarnya tiada tunjang keikhlasan . Di mata pembaca saya mungkin bagus , tapi di sisi Allah ? Kalian tahu ?

::IKLAN::

Saya , Eika Fereizya *dengan bangganya* mengisytiharkan bahawasanya saya tak gemar BERPOLITIK – cakaplah pasal yang berhaluan kiri ke kanan ke.. "ada aku kisah ?".

:: Semua orang ada pandangan dan pendirian masing-masing , jadi ini pendirian saya . Usah persoalkan . Terima kasih~ ::

Kenapa saya tak berpolitik ? Sebab : *Apa yang saya nampak* bila orang mula berpolitik , mereka mula gila dengan bilangan pengikut . Dah tu , suka pula dengan pujian yang berbakul-bakul . Sampai satu tahap , mulalah menghina orang .

Monkey Emoticon Cici

"Kau tak berpolitik , apa kau tahu ? Orang bagus macam aku iye la.. serba tahu semuanya."

Huh ? Orang baru puji sikit , mulalah 'kembang semangkuk' walhal , solat pun rongak sana sini . Nak tawan hati rakyat , pengikut memang dah ramai .. hati pun senanglah kan . Padahal dengan adik-beradik pun tak bertegur sapa , jiran sebelah rumah pun tak kenal .. apa tu ?? Nak jaga imej - setiap kali keluar , senyum meleret *fake smile* - politik kan kena smart , jadi terpaksalah . Sibuk kejar redha orang , redha ALLAH ?

Kalaupun menang setiap kes di dalam mahkamah DUNIA ,
bersedialah . ALLAH dah sedia tunggu kita di mahkamah akhirat sana .
Kalaupun menang pilihan raya , ALLAH dah peringatkan awal-awal : ada DUA saja tempat untuk saya , kalian atau kita.. > SYURGA atau NERAKA <

::___t.a.m.a.t___::


Psstt..~! Point utama di sini bukanlah tentang POLITIK tu sebenarnya , cuba kalian renung dalam-dalam dan nilai KESINAMBUNGAN isu ’politik’ itu dengan gelora samudera maya (dunia blog) yang sedang saya, atau kita sedang layari sekarang . Nampak tak ? Kalau nampak , Alhamdulillah.. Kalau tak nampak , barangkali adalah silap saya (ber-analogi) di mana-mana tu~ Maaf .

”Argh , menyampahlah baca entri ni . mula-mula sibuk bermuhasabah , kemudian berpolitik . Sekarang kata tiada kaitan dengan politik pula . Tajuk post dah sedap dah , macam tajuk lagu : Sebiru Hari Ini , tapi satu apa pun aku tak faham !”

Eh , suara hati pembaca ke tu ? Saya dengar lah~ ;)

Kalau tak faham , tak mengapa . Saya sendiri pun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entri ini sekaligus untuk me-mahamkan diri saya hakikat IKHLAS dalam hidup ni . Tajuk entri tu memang saya ambil daripada tajuk sebuah lagu , tapi itu hanya simbolik . Simbolik kepada IMAN + AMAL saya yang tak selalu 'sebiru-hari-ini' *tapi insya ALLAH saya akan berusaha mengekalkan ‘kesempurnaan’nya – semoga kalian pun turut mengiringi jejak ini*

KESIMPULANnya ::

"Carilah keredhaan ALLAH walau dimurkai Manusia ."


p/s :

Monkey Winks

Terimalah aku seperti apa adanya..
Aku hanya insan biasa , Ku pun tak sempurna.
Tetap ku bangga atas apa yang ku punya..
Setiap waktu ku nikmati anugerah hidup yang ku miliki.”




Sunday, April 17, 2011

Kitalah Yang Terbaik Tu~

Assalamualaikum Warahmatullah ~ [macam dah lama je tak bagi salam sebelum mula..] . Tak mengapa , mulai hari ini , kita sama-sama lakukan anjakan paradigma : SEBARKAN SALAM ~! (ni padahal kerana peristiwa 9/4 : baca kisah taska ni . – Kredit untuk adik saya kerana 'tolong' ceritakan .. =,=”)

Monkey Emoticons

Alhamdulillah , setelah sekian lama teratak maya ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang pos , akhirnya berjaya juga saya gagahkan diri untuk mengemaskini dan menaip entri baru yang (insya Allah) memberi manfaat untuk diri saya dan juga pembaca . Sejak mula bekerja saya sudah tiada banyak masa lagi untuk mengumpul serta mencari bahan-bahan @ ilmu bantu untuk menyerikan teratak ni .. jadi saya mohon maaf lah kerana entri kali ini pun sebenarnya saya petik dari Majalah Solusi (kalau tak silaplah~) .

KISAH I


Tiga orang guru diminta masuk ke dalam bilik pengetua .

"Ini ada tugas yang sangat penting dan saya akan berikan tugas ini kepada guru yang terbaik di sekolah ini ," kata pengetua . "Kamu bertiga adalah guru terbaik di sekolah ini," tambahnya. "Kamu akan diberikan sekumpulan pelajar terbaik dari sekolah berhampiran daerah kita ni . Saya ingin kamu buktikan bahawa kamu sebagai wakil guru sekolah ini akan mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang .”

Pada masa yang sama di sekolah yang dimaksudkan tadi , 20 pelajar terbaik pula dipanggil ke dalam bilik pengetua mereka .

"Selamat datang. kamu adalah 20 pelajar terbaik sekolah ini. mulai esok kamu memikul misi dan tugas penting ,"

"Apakah misi itu tuan pengetua ?" tanya mereka.

"Kamu akan diajar oleh guru yang terbaik , dari sebuah sekolah terbaik mulai bulan depan . Kamu perlu buktikan bahawa pelajar sekolah ini mampu mencapai matlamat ini . Kamu yang terbaik . Saya yakin kamu akan berjaya ."

Semuanya berjalan lancar . Setahun kemudian , apabila keputusan peperiksaan diumumkan , 20 orang pelajar tersebut telah mencapai keputusan yang cemerlang . Selepas majlis penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya itu , mereka sekali lagi dipanggil masuk ke dalam bilik pengetua .

"Hari ini saya akan membuka rahsia rahsia kejayaan ini . Sebenarnya , kamu semua bukanlah guru dan pelajar terbaik seperti yang saya katakan dulu . Malah, kamulah pelajar dan guru yang disifatkan sebagai paling bermasalah di sekolah . Tetapi saya yakin , sesiapa sahaja boleh melakukan yang terbaik sekiranya diberi penghargaan oleh diri mereka sendiri dan orang yang rapat . Itulah rahsia kejayaan kamu . Keyakinan diri yang kamu bina setelah berasa dihargai !"


Pengajaran : Fitrah manusia yang inginkan penghargaan dan dihormati . Apabila harga diri meningkat , seseorang akan mampu berusaha secara optimum untuk memanfaatkan segala potensi , bakat , dan kelebihan yang ada pada dirinya .


KISAH II

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung . Di tengah perjalanan , profesor bertanya , ”Kamu pandai menulis dan membaca ?”

”Tidak , tuan . Saya buta huruf .”

”Oh , kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu ! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya .”

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu . Sejurus kemudian , profesor bertanya lagi , ”Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan ?”

”Tidak , tuan . Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan .” jawab pendayung sampan itu .

”Kalau begitu , kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu . Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti ,”

Sampan terus bergerak . Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor . Air mula memasuki sampan . Mereka berdua bergegas mencedok air keluar dari sampan . Namun usaha mereka tidak berjaya kerana air begitu deras masuk . Ternyata sampan itu akan tenggelam ! Dalam keadaan cemas itu , si pendayung bertanya kepada profesor , ”Tuan ! Tuan pandai berenang ?”

”Err.. saya tak tahu berenang !“ jawab profesor panik .

”Kalau begitu , tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan !”

Pengajaran : Allah tak menjadikan manusia ini bodoh , tetapi Dia menjadikan setiap orang mempunyai ’kepandaian’ yang berlainan . Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri . Jadi , Tak ada manusia yang bodoh , yang ada hanya menusia dengan kepandaian yang berbeza .

Saya memang sengaja titipkan kembali kisah yang memberi motivasi ini ke dalam blog saya , memandangkan mesej yang ingin disampaikan agak dekat dengan keadaan saya sejak akhir-akhir ni . Mungkin jika ada sesiapa antara pembaca yang senasib / bersekeadaan dengan saya , sama-samalah kita muhasabah ya ? :-)


Status :

Pujuk hati .

Ikhlas .

Redha .

Syukur . J



Saturday, April 2, 2011

Suatu-Ketika-Tentang-Kita


Sang mentari sudah tidak kelihatan . Terbenamnya bola cahaya itu turut mengheret sama kecerahan sinarnya . Kini , hanya kesuraman malam yang menemani saya di atas pentas maya yang kian sepi dari sebarang tinta indah buat insan-insan istimewa di luar sana [anda lah , yang sedang membaca] J . Apabila sepasang mata kurniaan Tuhan ini sukar melabuhkan tirai pemandangannya , telinga (Si pendengar setia) inilah yang menjadi mangsa santapan puluhan lagu yang giat dimainkan di corong radio . Memanglah kebiasaan pun.. Namun , berbeza dari kebiasaannya , waktu ini sebuah lagu telah berjaya menerbitkan kenangan lama , bergentayangan di layar ingatan , seterusnya menguntumkan senyuman di bibir . Bagaimana ? Susunan nota lagu inilah yang menjadi ilham rentak tarian jemari saya sepanjang penghasilan nukilan untuk kalian ini .


Suatu ketika kita pernah tertawa
Suatu ketika kita pernah berduka
Memori lalu tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananku

Kata saya : Suatu masa dahulu , saya , kalian dan kita pernah bersama di bawah lembayung rahmah Ilahi . Bersama , kita meneguk kemanisan iman dan keredhaan Tuhan di pinggir lautan ilmuNya yang meluas . Kala itu , senyum dan tawa kita sama mewarnai daerah cinta yang kita jejaki . Bersama , kita menadah titisan ibrah yang digugurkan oleh awan kasihNya tatkala hujan ujian menghalang kembara hati yang dahagakan kejayaan di penghujung perjalanan . Tika itu , segala duka sama membaluti tubuh sementara huluran sokongan dan kesabaran tiba untuk menyembuh rawan yang sarat dengan luka kegagalan . Memori itu , sulit untuk dibuang , namun tahulah kita akan hikmahnya . Ya , dengannya , barulah lahir saya , kalian dan kita yang terkini , di sini . Bersama , semula .

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah


Kata saya : Tinta kasih rangkuman kisah kita tercipta kerna semalam yang berlalu itu membawa seribu erti dalam hidup . Ceritera berlagu madah akhirnya tercipta , untuk kita sama-sama bingkaikan , biar menjadi tatapan semua . Baik , buruk , susah , senang , setiap satunya telah membentuk kekuatan yang dijadikan bekalan menghadapi esok dan seterusnya . Pantang menyerah sebelum mengorak langkah ke atas titian perjuangan yang menanti di hadapan .


Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka

Walau seribu halangan melanda

Kita harungi tanpa lelah

Walau seribu halangan melanda

Semangat kita kan terus membara


Kata saya : Sesungguhnya saya benar-benar merindui kemesraan yang melimpah-limpah terhadap kalian selama kita sama-sama menuntut ilmu di bawah satu bumbung suatu ketika dulu . Adakala setiap helaan nafas ini terpaksa diusir bersama hari semalam yang indah , di mana kalian masih lagi tegar menebar senyuman di hadapan mata . Namun semuanya kini sudah menjadi musim-musim yang berlalu . Kalian sememangnya sahabat sejati kerna pernah menjadi dahan yang kuat untuk saya yang lebih pasif bergantung ini .

Saya sudah Nampak ! Perpisahan adakalanya memang mampu mendorong seseorang itu kreatif dalam memacu daya fikir . Allah sengaja membiarkan kita merasai kehilangan . Rasa kehilangan ini akan membenihkan rasa rindu . Rindu yang bercambah akan menganyam semula sirat-sirat kasih yang terlengkas . Insya Allah .


Teman ,

Andai kau berteman denganku kerana bicaraku ,

Ketahuilah aku mungkin akan menyakitimu dengannya .

Andai kau berteman denganku kerana peribadiku ,

Ketahuilah bahawa aku sememangnya tak sempurna .

Teman ,

Andai kau berteman denganku kerana kita sering bersama ,

Ketahuilah bahawa aku akan meninggalkanmu dan dunia ini .

Maka teman-temanku ,

Temanilah aku kerana Allah ..

Dan kerana aku temanmu .

Terimalah aku seadanya ,

Segala buruk dan baiknya .

Terima kasih , teman !


Dedikasi khas untuk insan-insan istimewa yang pernah sedunia dengan saya , Putri Zuleika Fereizya..

’LS’ Girls :

Fazrina , Nabihah , Syaza , Shafiqah , Atiqah Ijan . (Geng bestfriend ala-ala mafia ni.. J)

Famili FAIRUZ + warga SAMUS :

Zuhair (BFF) , Adi (artis) , Syazwan (dato’ bandar) , Khadijah (artis 2) , Farhanah , Najwah , Farah , Nano , Syakirra , Nerrin , Hafiz , Zaidi , Zulhilmi , Raimi , Miqdad (genius math) , Adila , Fatin , Najihah , Yatichia , Amira , Shima , Ida , Mimi , Ain , Liyana (penyanyi popular) , Zulaiha , Tabassum , Atiqa AG , Athika , Amalina , Zharif (gila lensa) , Said , Yanti , Fadhil , Fadhli , Talib , Ina , Leha , Arif , dll ~ (maaf tak sebutkan semua.. perasan sendiri saja lah ya ? )

Jiran ’kesayangan’ [..??] :

Syifa’ (teman sebasikal) , Su’aidah (kini di perantauan) , Kamal . (macam dah tak boleh pisah . kononnya~ )

P.I.S (nama penuhnya dirahsiakan) :

Farah , Auni , Asyilah (si comel) , Soryane , Fafezah (Fifi & the flowertot) , Fathihin , Naiemah , Tuan , Rufaidah & Ain (bawah umur) , Kak Sue & Kak Kim Ye Sa (senior berjasa..)

Sahabat IMAN :

Sabirah (so-called korean girl) , Hazimah , Syuhada , Mardhiah , Rahimah (ketua dormku..) , Izzati , Atie , Asilah , Nadiah (supplier HPA) , Shida (orang seni).

Marwan , Adam , Sohaib , Haris , Arif , Asraf , Yusuf , Zularif , Fiqry . – [jejaka-jejaka misteri yang adakalanya meredam jelu dalam kalbu . :P )

Saudara STISS :

Hamizah , Naemah , Ziana , Ros , Samihah , Fathin , Marlisa , Ainul (tukang karut ~) , Fathul , Faris Nordin , Fikri , Hafiz , Aminuddin (Presiden Kelab BI yang banyak berjasa dan nampak berwawasan tapi agak kalut orangnya.. *sengaja tulis panjang-panjang ni sebab dia bebel suruh describe pasal dia* ) , Hani , Hanida ..(ramai sangat nak sebut .. tapi sejujurnya , saya sentiasa mengingati setiap seorang daripada kalian . Maaf dan terima kasih .)


“Ya Allah .. Jadikanlah kami (aku dan sahabat-sahabatku) ini tidak hanya mulia di dunia , tetapi kurniakanlah jua kemuliaan di Akhirat sana . Jagalah hati kami , peliharakanlah iman kami , teguhkanlah ketaqwaan kami .. agar senantiasa tenang jiwa kami , menambah keredhaan serta cinta kepadaMu . Amin Ya Rabb ..”


p/s : Tak tahulah sesuai atau tak , tapi saya ingin sekali mendedikasikan lagu ini kepada kalian . SEND IT ON ~!




Sunday, March 27, 2011

Tak Semudah Bicara.


gambar hiasan .


Tanggal 23 Mac , sesuatu telah termaktub menjadi sejarah yang takkan terpadam . Umum sedia mengetahuinya . Ini tak lain dan tak bukan , tentu saya juga bakal perkatakan hal yang senada . Tetapi mungkin dari skop yang berbeza . Alhamdulillah . Itulah ketentuanNya . Ada sinar hikmah dan limpah rahmah yang menanti di pertengahan perjalanan yang baru bermula ini , barangkali . Saya redha . Mula membenamkan rasa syukur itu sedalam-dalamnya ke perdu sukma .


Masih bersedih . Wajarkah ? Itulah , rasa itu masih bersisa kerna belum bisa dilebur sepenuhnya . Biarlah masa memainkan peranan lazimnya . Kalam yang satu ini usah dialunkan dengan nada syahdu penuh kekecewaan , kerna bukan itu yang sebenar-benarnya dirasakan waktu ini . Apa lagi yang cuba disampaikan ni agaknya , ya ? Tentang ujian dunia itulah . Istilah itu kedengaran sumbangkah ? Sepatutnya tidak . Benarlah semua ujian itu wujudnya hanya di dunia , di akhirat nanti hanya hasil yang akan dituai . Faham ? Jadi , biarkanlah saya dengan rentak sebegini .

Hari itu , sebaik saja keputusan itu sampai ke pengetahuan saya , saya terduduk . Kesal , kecewa , terkilan atau apa saya sendiri pun tak pasti . Syukur sajalah yang pasti . Hanya Mama dan Papa yang ligat difikirkan .

“Mama Papa Happy ke dengan result Eika tu ?”

“Ok la .. Dah usaha , kan ? Lagipun banyak subjek penting dapat A tu ..”

Saya hanya melegakan hati sendiri dengan ucapan daripada insan-insan rabbani itu . Namun apa yang tersirat dalam kalbu mereka sebenarnya , hanya Tuhan saja yang tahu . Maaf dan terima kasih , Mama dan Papa !


Saya bahkan telah bertekad untuk menyimpan perkara ini pada diri sendiri . Terlalu nekad . Saya seganlah , dan amat mengharapkan kesefahaman daripada mereka yang bertanya . Namun ada beberapa sahabat Berjaya menembusi perjanjian peribadi saya itu . Tepuklah tangan untuk mereka . Hehe. Lama saya berfikir , bermuhasabah . Teringat kata-kata Adi , belajar bukan untuk mendapat A semata-mata , tetapi untuk ilmu dan manfaat yang dapat diperoleh daripadanya . Ya ! Saya sama sekali tidak menyangkalnya - [untuk melegakan hati lagi].

Kenapa perlu berahsia pula ? Demi menjaga hati sendiri dan orang lainlah ~ Baiklah , izinkan saya luahkan semuanya . Andainya saya mengetahui pencapaian rakan yang lebih tinggi berbanding saya , barangkali diri ni akan terus-terusan merendah diri bahkan mungkin akan berputus asa daripada rahmatNya . Jika sebaliknya pencapaian sahabat lain lebih rendah , barangkali saya akan mula berasa puas pada kedudukan ini sehingga timbul penyakit riak dalam hati kerana telah mengatasi orang lain . Saya tak pinta perasaan sebegini akan muncul , tapi saya mungkin tidak kuat untuk menolak jauh bisikan sang durjana yang nyata itu . Jadi ini sajalah cara terbaik yang mercup di benak - untuk saya mencegah penyakit-penyakit begitu daripada menghinggapi hati kita . Harap sahabat-sahabat tidak tersinggung dengan pendekatan saya ini .

Perlukah kita memahatkan di hati bahawa keputusan ujian dunia [SPM] ini adalah satu kemenangan besar yang perlu menjadi sebutan sepanjang riwayat ? Atau satu nostalgia hitam yang terpaksa berlayar di lautan memori selama hayat dikandung badan ? Tiada perlunya . Semua tahu . Jadi , mengapa perlu berbangga bila Berjaya sedangkan kejayaan hakiki masih belum tersaji di hadapan mata ? Mengapa pula perlu meratapi kegagalan yang sememangnya bakal menjadi anak tangga pertama untuk menaiki puncak kemenangan itu ? Tiada perlunya , kan ? Beginilah cara saya menahan diri agar tidak terus tenggelam ke dalam jerlus kekesalan di tengah padang perjuangan ini .

Berkali-kali saya berpesan pada diri sendiri , “Keputusan SPM bukan penamat bagi segala-galanya . Bahkan , perjalanan ini baru sahaja bermula . Rezeki ada di mana-mana . Berapa pun A yang tercetak pada slip keputusan itu , sikit pun tidak menggambarkan siapa diri kita yang sebenar . Ia hanya simbolik bagi usaha gigih selama beberapa tahun pengajian itu . Itu jualah yang terbaik untuk kita kenang , baik kini mahupun pada hayat akan datang .”

Setulusnya kini saya mudah mulai bertapak teguh pada kedudukan ini , tanpa sebarang penyesalan yang bersarang lagi .

Saya pasti inilah yang terbaik buat saya .

Saya yakin ada hikmah yang menanti di hadapan sana , insya Allah .

Alhamdulillah .

Alhamdulillah .

Alhamdulillah .


p/s : ‘Di mana kita bermula tidak penting . Yang penting , di mana kita pada akhirnya.’ - Terima kasih kepada semua yang pernah berjasa . Jazakumullahu Khairan Katsiraa .


kini ikhlas ,



Friday, March 18, 2011

Manusia , Malaikat dan Syaitan .

Manusia : Eh, dah subuh dah ?

Malaikat : Bangunlah wahai Anak Adam , tunaikan Solat Subuhmu .

Syaitan : Alah , kejaplah , mengantuk lagi ni . Awal lagi la.. [zzzzzzzz]


Manusia : Nak makan , laparlah ..

Malaikat : Wahai Anak Adam , mulakanlah dengan Bismillah .

Syaitan : Ah , tak payahlah . Dah lapar ni .. Makan jelah cepat-cepat..


Manusia : Hari ni nak pakai apa ye ?

Malaikat : Wahai anak Adam , pakailah pakaian yang menutup aurat .

Syaitan : Eh, panaslah.. tak ada style langsung , nampak kekampungan !!


Manusia : Alamak, dah lewat !

Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat .

Syaitan : Ah..awal lagi . Suruh si X punchkanlah ?


Manusia : Azan sudah kedengaran

Malaikat : Wahai anak Adam , bersegeralah menunaikan kewajipanmu..

Syaitan : Baru pukul berapa .. rilexlah dulu ,awal lagi ni .


Manusia : Eh, astaghfirullah.. Tak boleh tengok ini , berdosa ..

Malaikat : Wahai anak Adam , alihkanlah pandanganmu . Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan : Perggghh... best tu . Rugi kalau tak tengok ni..


Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa ..

Malaikat : Wahai anak Adam , cegahla ia..

Syaitan : Apa kau sibuk ? Jangan jaga tepi kain orang.. Lantaklah , dosa mereka yang tanggung .


Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain ..

Malaikat : Wahai anak Adam , nasihat-menasihatilah sesama kamu ..

Syaitan : Sendiri fikirlah , semua dah besar , buat apa susah-susah... Pandai-pandai merekalah


Manusia : Aku telah berdosa..

Malaikat : Wahai anak Adam , bertaubatlah kamu . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun .

Syaitan : Tangguhlah dulu , lain kali boleh bertaubat.. Lagipun muda hanya sekali .. Rugilah..


Manusia : Kalau pergi, mesti seronok !

Malaikat : Wahai anak Adam , kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah , berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan : Jangan bimbang , tiada sesiapa yang tahu . Jomlah..


Manusia : Letihnya hari ni.. Eh , tak solat lagi la..

Malaikat : Wahai anak Adam , taatilah Allah dan RasulNYA . Kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu . Solat itu wajib bagimu .

Syaitan : Hey anak Adam , ikutilah aku.. Kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu ..




Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :


[1] Anda : Patutkah saya biarkan Kisah ini tetap di dalam blog ini..

[2] Malaikat : Ingatkan juga pada kawan yang anda kenal (kongsikan entry ini)

[3] Syaitan : Tak payahlah sibuk-sibuk..


Wallahu’alam bissowab..


p/s : Buatlah apa-apa yang patut.. Tiada sebarang paksaan . Wassalam .




[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]