.:Followers:.

Tuesday, February 24, 2015

Bunga dan Pilihan


Bunga yang hampir layu perlu disiram,
supaya bunga itu akan kembali mekar.
Namun dengan hanya air yang kau genggam,
bunga juga bisa rebah mencium marmar.

Kemungkinan itu selalu ada.
Yang kau, aku, sama tak menyangka.

Kerana kekadang bunga layu itu (yang kau sangka),
bukan sekadar perlukan air dari bejana.
Barangkali yang dimahukan juga cahaya.
Kerana kegelapan hanya menyesak nafasnya.

Bunga juga perlu ruang-ruang tak berpenghadang.
Baru ‘kan segar, tuntas dengan kasih sayang.

Jangan kau hairan.
Bunga juga tahu erti pilihan.
Untuk bebas tumbuh kerana keperluan,
Atau lemas menegak memenuhi keinginan.



No comments:

[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]