"Macam
mana nak selesaikan masalah, kalau kau pun tak tahu apa masalah kau". Dia
mengomel-ngomel sendiri.
Saya
masih termenung kosong di hadapan kaca skrin laptop, sambil bertongkat dagu.
"Orang lain semua tahu keperluan untuk berubah. Tapi kau, masih dengan cara ni? Kau ni buta lah. Buta dengan emosi sendiri". Kali ini nadanya berbaur kesal dan marah.
"Orang lain semua tahu keperluan untuk berubah. Tapi kau, masih dengan cara ni? Kau ni buta lah. Buta dengan emosi sendiri". Kali ini nadanya berbaur kesal dan marah.
Saya
menyelit rambut yang jatuh terjuntai ke belakang telinga. Rimas. Bertambah
rimas dengan bebelannya yang sedari tadi tidak berhenti-henti.
"Tak boleh ke kau jadi keras hati sikit? Ni tidak, lembik sangat. Mudah sangat terima, sebab tu mudah kena pijak. Kau ingat, apa kau buat tu semua betul ? Asal cakap saja memang lah senang.. Hati pun terjaga.. Padahal, sakit dalam kepala, dalam badan kau tu siapa yang tahu? Kau jugak yang tanggung sendiri..."

meraup muka, tidak tahan. Sebelum sempat dia habiskan bebelannya, saya bangkit
dan lontarkan suara bersama sebal yang tidak bisa ditahan lagi,
"Dah tu, kau nak aku buat apa??!"
Dia terdiam, sedikit terkejut dengan reaksi saya yang sebegitu.
"Dah tu, kau nak aku buat apa??!"
Dia terdiam, sedikit terkejut dengan reaksi saya yang sebegitu.
Saya
palingkan muka, lempar tubuh ke atas katil dan sorok kepala
bawah bantal.
Perlahan-lahan
dia mampir, "Aku bising-bising pun sebab aku care. Nanti apa-apa jadi, bukan
ada orang boleh tolong kau pun. Kita dua je yang kena hadap sakit tu
semua.."
Jeda. Diam-diam saya mengakui kebenaran kata-katanya itu.
"Kau lebih tahu apa yang kau kena buat. Cuma kau tak berani je kan? Sudah lah. Embrace it. Make a move. Sebelum terlambat.."
Saya mengangguk kecil. Dia pun diam, hilang dan kembali dorman dalam pemikiran saya sendiri.

……
Alarm fon mengejutkan. Tersentak dari pembaringan dengan jantung yang
dipompa kencang.
Malas-malas
saya bangkit, masih terseret dengan skrip fikiran yang bukan-bukan sebentar
tadinya. Sekilas terpandang refleksi wajah sendiri di kaca kecil, masih ada
sisa calitan bedak di wajah - yang sepatutnya menampakkan seri. Namun kala ini,
pudar sekali.
Azan Asar menyusul.
Kerana kau penting, bukan hanya pada diri kau. |
Azan Asar menyusul.
Nafas dihela pendek. Wajah diraup dengan kedua telapak tangan. Melekit, dengan peluh sendiri. Geli.
Resah, gelisah, gusar, takut, sedih, bimbang, kelu, kesal, buntu dan hampa berlari-lari di setiap selang urat nadi.
Allah.
Ini bukan hidup yang saya mahu.
Huh.
Huh.
Aku perlu Tuhan, segera!