Kawan saya, hari ini hari perkahwinannya. Syukur. Saya
pula yang teruja! Hehe. Alright. Take a deep breath and.. Uhh..!!
Kali ini, saya mahu menulis apa yang saya fikirkan. Tetapi tentang cinta saya yang lebih bermatlamat, lebih serius, yang halal - NIKAH. Maaf, saya cuma rasa terjentik ja untuk menzahirkan sebal sendiri pula tentang perkara yang sudah lama terpendam ini. Ahh tentu kalian faham.
ALLAH.
Mana-mana saya pergi, saya lihat, saya dengar,
saya rasa, betapa ramai yang benar menginginkan rumahtangga yang sempurna.
Hendak yang soleh, kepingin yang solehah, yang wasatiyyah juga tak kurang – mahu
solehkan diri terlebih dahulu. Yang sibuk mencanang perihal ‘cinta kosong’ muda-mudi
pun ada. Bosan ah.
Manusia bisa mencanai aksara,
membentuk kata yang indah-indah bercakap tentang cinta dan pernikahan. Saya juga seringkali ‘menerima masuk’ isu nikah
ini dengan senyum yang melebar hingga ke telinga. Seorang yang kemamar,
kelinglungan juga bisa tiba-tiba bersemangat, segar bugar bila dibentangkan soal
nikah dihadapannya. Kan? Kan?
Dan secara peribadinya, saat
rakan sekeliling saya bercakap tentang isu ini, atau tentang teman lelaki, atau
tentang sesiapa yang disukai, pemikiran saya pasti terus terarah kepada SELEPAS
nikah. Serius.
Saya terfikir rencam
perkara. Saya tahu, saya kedengaran tipikal tapi saya sungguh percaya lagi
berpegang pada matlamat yang jelas. Di minda saya bahkan sudah tersedia nama
bakal anak-anak! (jika Allah membenarkan). Semoga tiada salah faham tentang
ini.
Saya teramatlah gembira bila
sahabat-sahabat, atau ada kenalan yang sudah bertunang, apalagi sudah mahu
menikah. Masya ALLAH. Adakala saya malah cemburu pula, lagu mana depa
dikurniakan keyakinan dan kekuatan yang begitu ampuh untuk melafaz akad yang
bukan mainan itu, sekaligus menzahirkan makna dan tanggungjawab yang tersirat
disebaliknya?
Dan, gambaran kebahagiaan
serta cucuran air mata dalam suasana yang begitu syahdu sekali mula mengambil
tempat, bergentayangan di layar fikiran saya. *dramatic -,-”
Ouh, saya masih teringat
kali pertama saya melihat Along dan Abang Firdaus pada pagi hari pernikahan
mereka, dua hari sebelum ulang tahun kelahiran saya tiga tahun lalu. Genggaman
tangan mereka dan warna krim lembut sedondon memang mengundang air mata.
Aduh, jarum waktukah yang
pantas meninggalkan saya, atau saya yang membatu bak tunggul sedari awal
menganjak ke usia pertama kedewasaan ini? Aku yang tipikal.
Pada saya, pernikahan
bertujuan untuk saling melengkapi. Dan, jujur saya akui, saya juga kepingin pernikahan
yang sebegini – berlandaskan keimanan, andai diizinkan Allah. Pernikahan yang
menjadi pelengkap emosi dan kekurangan individu, perkembangan kognitif, dan
bukan hanya fizikal semata-mata (meski ya, amat bagus lagi dituntut untuk
menambah umat Muhammad SAW).
Pernikahan yang terus
melihat kepada apa yang boleh disumbangkan kepada ummah melaluinya. Seperti
contoh, andai tidak dikurniakan zuriat, bagaimana kedua suami isteri boleh
memaksimumkan potensi dan prestasi diri untuk perkembangan agama Islam? Kalau
ada cahaya mata pula, bagaimana cara pendidikan yang terbaik sekali?
Seperti kata Madam Tan dalam
kelas Learning Support dulu, ”What class.. you think, marriage is only
about two people in love, get married and have babies? No, it’s more than that.
You need to have knowledge, plannings, parenting skills for good sake later on.
Bla..bla..” à (tak ingat dah apa lagi
katanya =P)
Dan betapa pernikahan nyata
sesuatu yang begitu indah dan suci, dengan iringan redha dan kesediaan. Ramai
mengajar saya tentang itu. Hidup ini juga.
Fikir saya, tiada salahnya juga
untuk saya, kita, mencipta impian. Tiada salahnya mengidamkan suami yang soleh,
yang ‘alim, yang menerima kita apa adanya, yang hanya dengan menatap dan
mendengar helaan nafasnya pun kita sudah berasa senang. Yang apabila rusuh jiwa
bertandang, dia akan mengingatkan kita tentang qada' dan qadar Allah. Yang
apabila terbangun di sepertiga malam, akan mengejutkan kita dan berpesan untuk
mengejutkannya pula jika sebaliknya. Yang kaya pembacaannya, kemudian
percakapan harian juga ilmiah.
Dia yang meninggalkan kita
hanya kerana ke medan fi sabilillah. Yang tetap membelai ubun-ubun saat
rambut-rambut ini sudah mulai memutih, dan dengan romantisnya berbisik ke
telinga, kita masih paling cantik di mata zahir dan mata hatinya. Dialah itu,
yang setia di sisi memberikan cinta yang begitu indah, kerana ALLAH. Yang dapat
menjadi ayah terbaik juga. Dan, anak-anak molek membesar dalam dakapan suasana
yang sakinah kemudian menjadi pejuang sekaligus menjadi asset untuk kita ke
syurga.
Sungguhpun begitu, saya
sedar yang manusia tetap manusia, tiada yang maksum. Begitu saya tahu bahawa
diri sendiri juga bukanlah sebagus dan selayak itu, untuk mendapatkan persis
apa yang saya mahu. Ya, begitulah.
Barangkali kerana itulah
juga, saya cuba mahu mendidik diri agar dapat menjadi seperti Hadzrat Khadijah;
diam memberi kehangatan dakapan dan selimut tebal ketika Nabi kegetaran
menerima wahyu Tuhan. Yang mentarbiyah pejuang dalam rumahnya. Yang begitu unggul
mempersediakan diri untuk akhirat tanpa mengenepikan dunia. Yang menawarkan kesetiaan
dan kecintaan kepada suaminya, kerana ALLAH. Dan yang kemudiannya akan
dikenang-kenang manis kasihnya itu hatta sarat tertuang dalam gelas memori buat
tegukan suami. Yang itu, persis seperti itu!
Andai suatu hari nanti Allah
berikan pula saya peluang untuk menjadi seorang ibu, akan saya kisahkan pada
anak-anak bahawa ibu mereka telah mengharungi jalan yang penuh ranjau untuk
mendapatkan mereka dan betapa melahirkan mereka ke dunia adalah anugerah yang
paling bermakna.
Saya mahu mereka tahu,
mereka lebih berharga dari segala pengalaman yang ALLAH kurniakan dan betapa
saya telah menunggu mereka begitu lama. Dan nyatalah, natijah penantian itu pasti
satu kenikmatan.
Meski saya juga sedar sepenuhnya
yang saya mungkin tidak berkahwin dan mungkin tidak mempunyai anak sendiri
(nauzubillah!).. Dalam makna hidup, banyak kemungkinan. Kan?
Apa yang berlaku dalam hidup
saya, sungguh telah banyak memberi pengajaran. Saya yakin dalam hidup semua juga
sama halnya.
Ahh saya hanya pandai
menulis yang muluk-muluk saja. Kendatipun saya benar tahu pernikahan bukanlah
muluk-muluk semata, melainkan setelah benar ia sampai ke syurga.
Lagi! Saya masih sedang belajar banyak benda. Tentang
diri sendiri, takdir dan orang sekeliling; yang dekat, yang jauh, baik di mata,
apatah lagi hati.
Dan
percayalah, bahawasanya saya sudah tetapkan hati, bulatkan rasa bahawa cinta dan rindu ini tidak layak
dikongsi dan diberi kepada insan selain suami.
ALLAH. ALLAH. ALLAH.
Saya menulis tentang ini. Ohho, akhirnya!
"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa" (Al-Furqan:74) |
Ya Allah, telah aku sampaikan apa yang hatiku
mahukan. Cukupkan ya Allah.
.:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:.
Ouh, buat sahabat-sahabat yang pada hematku kamu
telah dewasa, nyatalah kamu seorang Adam dan Hawa yang bertuah. Moga kamu mampu
menjadi imam dan makmum yang gagah mengangkat takbir menghadapi hidup dan
menamatkannya dengan salam penuh kebahagiaan. InsyaAllah, cinta kalian akan
sampai ke syurga! Aku doakan.
Apapun, kamu benar-benar mengejutkan semua orang tau!
Dan aku akan kecewa jika kamu memikirkan aku bisa menjadi antara yang bersikap
prejudis kerana kamu memilih untuk berkahwin muda. Jangan sesekali! Ohho ^o^
.:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:.
Aduh, meluah rasa ikut tulis-tulisan
begini bisa bikin saya sebak! Isk..isk..
Dah, dah.
Belajar dulu. Baru fikir
tentang semua ini balik. (^,^)v
p/s: Pipi terasa hangat, merona
merah juga, sikit-sikit. Segan! Ah-ha.