Seluruh alam pernah dirasakan hening. Dalam saujana sebegitu, terasa diri juga bagaikan debu hina yang terlalu halus tanpa integriti, menumpang di permukaannya.
Silap apalah agaknya hingga dihujani dugaan yang tak kunjung noktahnya ini.
“Sabar itu ada limitasinya..” – Eika Fereizya
Lama berfikir. Fikiran ini tak jauh pun perginya. Berputar di sekitar paksi rasa bersalah saja.
"Jujurlah dengan diri sendiri. Dunia belajar ialah dunia hipokrit. Kalau kau pun join hipokrit, memang susah nak balik pangkal jalan. Tapi bila kau jujur dengan diri kau, kau akan buat yang diri kau betul-betul nak buat, bukan buat kerana terpaksa dan kerana nak penuhi keperluan tertentu." – A.S.A
Intuisi saya membelek kata-kata ikhlas yang lahir dari hati insan itu , membuatkan jiwa saya menyorot secarik kenangan pada masa lalu. Dalam bernostalgia akan detik-detik itu, kompas resah bagai sudah tak terkawal lagi.
Bila duka itu tidak terkawal, fikirlah orang lain yang senasib, atau mungkin yang lebih teruk. Anggaplah diri sedikit bertuah berbanding mereka. Sembunyikan jiwa yang sengsara pada kepasrahan terhadap Pencipta. Kekuatan akan lahir dalam bentuk yang indah, bahkan mampu menganjak individu itu menjadi imun pada sebarang ujian.
Tiada ketenangan buat jiwa yang kosong , melainkan IMAN.
Kalau iman sarat di dada, pasti tahu bersyukur dengan setiap anugerah yang datang.
“Mungkin ada ganjaran indah yang menanti di sebalik semua ini..”- Eika Fereizya
"Kau tahu, betapa bersabarnya Allah?"
"Erm.."
"Mereka mengatakan Isa itu anak Allah, sedang Allah itu tidak beranak dan diperanakan. Mereka menyembah beribu-ribu 'tuhan', sedang Allah itu SATU yakni TUNGGAL"
Khali.
"Dan Allah tetap memberi mereka makan pakai dan kekayaan, udara buat bernafas, juga kebahagiaan dan kehidupan. Subhanallah, betapa bersabarnya Allah!"
No comments:
Post a Comment