Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dunia dah banyak berubah. Saya pun dah besar. Berubah juga kah ?
Oh ya.. Kalau ada sesiapa yang ternampak saya di sekitar Bangsar, KL Sentral, mahupun Pasar Seni pada 16hb Julai yang lalu, tolonglah tepis segala prasangka-yang-kurang-baik yang mungkin bertandang ke minda kalian ye ? Saya tak berubah. Cuma keadaan waktu itu agak mendesak. Saya ada sebab untuk berbuat begitu.
Tapi kalau tak ada sesiapa yang nampak, baguslah. Selamat hati kita semua. ;)
Dah. Jangan tanya-tanya. Segan ! =P
Kelahiran yang kedua. Tak tahulah apa perlunya. Suka-suka ? Aah, tak ada istilah suka-suka dalam hidup Eika Fereizya SM lagi lah sekarang. Barangkali belum jelas lagi tujuannya. Tunggulah. 5 tahun satu jangka masa yang lama untuk kita menanti sebuah jawapan.
HAHA. Lucu. Teringat seseorang.
*Abaikan saya sebentar. Serius, perlu.*
Lagi.
Walaupun sahabat-sahabat kata saya 'pelik', suka buat post versi hanya-alien-yang-boleh-faham, tapi dulu, waktu lapang-lapang di rumah, perkara yang paling saya suka ialah tulis falsafah *kononnya lah* (tafsiran sendiri saja~).
Dan, saya bukanlah nerdy sangat.- Tentang ini, lain kali saya cerita.
Tuhan Maha Mendengar dan memakbulkan doa dari hati yang paling dalam ini untuk sekali lagi merealisasi impian Papa. Tuhan telah mendatangkan ujian pun Papa dan Mama berada di sisi saya menguatkan dan mengingatkan saya tentang kuasaNYA. Usah pedulikan kata-kata orang, kita punya cara sendiri dalam menentukan hidup sendiri. Kan ?
Dalam hati : Tiada lagi 'Putri' dalam diri Eika Fereizya kini, boleh ?
Ya. Masih lagi belajar, mencuba. Semoga dikuatkan hati dan langkah kaki ini.
Maka, saya pun berjalan-jalan (dengan sabar) dalam rangka penghidupan yang diatur Tuhan ini. Doa saya, semoga nanti berjayalah menukar rangka ini menjadi sesuatu yang berguna buat diri dan agama. Insya Allah. Saya tak ingin selamanya meniti rangka.
Maaf sebab akhirnya saya (tetap) 'TER'tulis sisi peribadi. Tak ada intelektualiti.
Saya mahu saja mengakhiri kalam ini. Jadi biarlah nanti suatu masa bila saya baca semula entri-entri yang lampau dan ulang baca semuanya, saya akan tahu bahawa hidup saya penuh dengan insan-insan yang sayangkan saya. Dan, insan-insan tersebut juga mahu saya berjaya, demi Tuhan kita.
Sungguh, saya bahagia.