Kisah Benar Seorang Sahabat.

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar tentang rakannya )
  Roshaizad  berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik  dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak  lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat  antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan  sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya  agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di  hujung minggu.
  Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam  kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30  pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu  dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
  Beliau  telah koma selama 3 hari dan  dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Sahabat saya merupakan antara  orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari  isterinya. Beliau juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas rakannya sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
  Sewaktu Roshaizad koma
  Beliau telah didatangi oleh  seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam  saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah  akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan  secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan  ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang  mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak  hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau  yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
 
  Malaikat  itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu  kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah  yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat  handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya  dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah . Beliau  bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.  Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
 
  Masa  kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa  yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi  padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat  waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit  lagi.  Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang  usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah  tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang  berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.
  Kurang dari 1 minit, malaikat  menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan  panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat  demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat  menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja  menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah  pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan  yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah  terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi  mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima  Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang  Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
  Isteri  beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya  sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam  komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
  Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada sahabat saya untuk tatapan anda sekelian.
  Apa yang disesalkan:
  1. Beliau  telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana  mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya  amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
  2. Dia telah  mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling  dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih padanya kalaupun dirinya  mati
  3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada  kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya  tidak ikhlas. termasuk sahabat saya.
  4.Beliau  jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah  masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
  5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
  6.Beliau  jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.  Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada  keikhlasan.
  7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan  takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada  keikhlasan dari mereka.
  8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati  ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung  pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan  ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
  9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya  solat Asar
  10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
 
  Sahabat:
  Allah  masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi  pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari  cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan  takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
  Dirikan  solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama  keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa  kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.  Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan  mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.  Selalulah memberi. Renung-renungkan..
   | 
 
 
 
 
          
      
 
 
[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]
  
No comments:
Post a Comment