.:Followers:.

Tuesday, February 24, 2015

Bunga dan Pilihan


Bunga yang hampir layu perlu disiram,
supaya bunga itu akan kembali mekar.
Namun dengan hanya air yang kau genggam,
bunga juga bisa rebah mencium marmar.

Kemungkinan itu selalu ada.
Yang kau, aku, sama tak menyangka.

Kerana kekadang bunga layu itu (yang kau sangka),
bukan sekadar perlukan air dari bejana.
Barangkali yang dimahukan juga cahaya.
Kerana kegelapan hanya menyesak nafasnya.

Bunga juga perlu ruang-ruang tak berpenghadang.
Baru ‘kan segar, tuntas dengan kasih sayang.

Jangan kau hairan.
Bunga juga tahu erti pilihan.
Untuk bebas tumbuh kerana keperluan,
Atau lemas menegak memenuhi keinginan.



Wednesday, February 18, 2015

Marah


Aku betul-betul marah.
Aku marah pada orang yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Aku marah pada orang yang mengambil keuntungan atas kesilapan orang lain.
Aku benci sebenci-bencinya pada manusia-manusia begini.
Kejap. Mereka syaitan, sebetulnya. Layakkah dipanggil manusia?

Ahhh.
Semarah-marah aku pada mereka, marah lagi aku pada diri sendiri.
Kerana sering kalah dan membiarkan diri diinjak sesuka hati.

Dan menangis lagi, sendiri-sendiri..


Tuesday, February 17, 2015

Sistem 'Beri dan Terima'


Barangkali ada sebabnya
mengapa banyak sistem yang ada
tidak dicipta satu hala sahaja.

Struktur politik; lebih satu haluannya.
Sistem jalanraya kita dibina dua hala.
Masing-masing ada kiri dan kanannya.
Punya jalan pergi dan baliknya.
Jelas arah ke depan dan ke belakangnya.

Kerana selalunya teori tolak ansur
tak banyak manusia mampu akur.
Sekadar ahli dalam menyebut
tetapi hati enggan mengikut.

Tatkala peraturan gesaan si atasan
tidak dituruti juga diamalkan,
sang bawahan hebat menggalas hukuman.

Sementelahan tiada peraturan dari yang di bawah,
komitmen tidak dipersembah,
tiada kompromi yang diendah.

Hasilnya tiada yang mahu ‘memberi’.
Tiada pula yang ingin ‘menerima’.

Kerana itu kena baiki sistem.
Kena buat penambahbaikan.
Kena langsung biasakan.
Kerana ini bukan semata-mata hal sistem.
Tetapi juga sikap dan kemanusiaan,
yang sering di-pandang-enteng-kan.


Monday, February 16, 2015

Bertahan


Tuhan ada menyeru supaya berkasih-sayang sesama manusia
Luas maknanya tu. Bukan semata-mata perlu bercinta.

Ertinya, kasih sayang sama sekali tak bertumpu kepada jejaka idaman.
Tapi juga kepada setiap seorang saudara seagama, seiman, seperjuangan.

Cuma seseorang yang di mata dan jiwa, tetap kekal seorang; yang sama.
Selagi mana kita menjaga dan percaya dengan doa kita kepadaNya.

Sakit ini barangkali ujian 2013-2015. Ujian jiwa untuk tekal gagah 2016.



*Ya, masih sakit. Doakan aku kuat.


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]