.:Followers:.

Wednesday, March 28, 2012

Masalah


Saya tak tahu macam mana mahu mulakan. Tak pernah tahu pun. Pokoknya, terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran saya.

Saya tak sabar lagi. Seseorang perlu mendengar.

Akhir-akhir ni. Saya tak dapat buat banyak benda. Kalaupun dapat, semuanya serba tak kena. Saya tak tahu banyak perkara. Saya tak suka apa yang dulunya saya amat sayang. Saya kehilangan, ketinggalan dan sekarang, urm.. saya rasa amat kejauhan.

Saya benci soalan ini. “Apa masalah awak?”. 

Tidak ada jawapan yang lebih baik selain, “Saya tidak ada masalah.” Yang mana itu adalah tidak benar.

Dan, soalan itu benar satu soalan yang teramatlah sukar untuk saya jawab.
Sebab saya sendiri tidak ada jawapan untuk itu.

Bila saya marah, tiada siapa perasan . Saya hanya akan diam dan mula buat hal sendiri.
Bila saya takut, saya mengadu. Meski saya tahu sedari awal lagi, tiada yang akan faham.
Bila saya sedih, saya ketap gigi, saya tak mampu luahkan. Akhirnya, saya tak dapat juga menangis.
Bila saya gembira, Alhamdulillah, saya dapat ketawa. Saya boleh tersenyum. Tapi hati saya tahu senyum tu takkan kekal lama, tawa tu tak membawa apa makna.

Dan entah demi siapalah, saya sedang sekerasnya berusaha meletakkan diri dalam zon paling selamat. Paling selesa. Kalau baca tulisan terbaru di blog, ya, saya kelihatannya pasrah, atau bagi kebanyakan teman, saya  nampak kuat sekali. 

Bukan, bukan, saya kalah sebenarnya.  

Saya mula menyalahkan masa silam. Sejak kecil, sikap ‘pengalah’ dan ‘pengecut’ inilah yang serasa saya dah subur berakar dalam diri saya.  Bertahun-tahun tertanam, dalam, mencengkam. 

Dari situ, kini saya mula menyalahkan orang-orang pula. Mereka, yang suka bersikap judgemental, yang perjudis dan yang skeptikal, yang memandang kurangnya seseorang melebihi kelebihannya.

Setelah lama, serasa mahu saja saya kata,

“Kamu semualah masalah saya. Yang beranggapan saya perlu menjadi biarpun tidak lebih, sekurang-kurangnya sama seperti yang lain. Yang berharap saya boleh berbuat semua yang orang lain sama dapat lakukan. Yang fikir saya harus punya segala apa yang zaman ini tawarkan. Yang kata saya patut berfikir searah kiblat pemikiran warga jagat sekalian. Dengan itu, apa lagi gunanya diri sendiri? Kerna diri ini saja yang saya ada, yang kamu semua lihat tiada faedahnya. Kini, mahu pula bertanya lagi apa masalah. Ahh. Lawak ah.”

Tapi sayalah ni, seperti saya yang selalu, tak juga meluahkan lalu menelan jadamnya sendiri.

Saya semakin keliru. Dan sekarang, saya dapat rasakan bahawa apa saja yang saya lakukan, yang saya kata ataupun tuliskan, semuanya hanya buat penyedap hati, bukan pengubat rajuk yang menyerang ni, bukan juga penawar rusuh jiwa yang bertandang ni. Pathetic, uh?

Allah. Setakat ni Dia ja yang setia mendengar dan memahami.

Tapi saya mahu ada seseorang juga. Untuk dengar saja pun sudah memadai sebenarnya. Cuma, dengarlah dengan hati.


*Luahan. Luahan ‘hasil’ kekeliruan emosi dan kecelaruan jiwa yang menjengah seminggu dua ini. Ditulis betul-betul seusai tamat peperiksaan.

Saya mahu ia tersimpan di sini. Saya mahu sentiasa membacanya lagi, bila-bila masa nanti.

Saya mahu sentiasa sedar betapa dalam hidup kita tidak akan pernah dapat merasa aman dari sebarang cubaan. Saya mahu sentiasa mengerti hakikat diturunkan ujian adalah buat menguatkan. 


 
"Bangkit ya, bila jatuh!". In case kau terlupa.


Saturday, March 24, 2012

Sentiasa Bersama.


Kepenatan menjawab kertas-kertas peperiksaan, mahukan kerehatan. 
Kerehatan yang mampu membayar satu harga harapnya.

Redha, biar sampai akhir cerita.

Andai ditakdirkan gagal.
Jika itulah kegagalan yang bererti hikmah kebaikan di hari kemudian, ikhlaskanlah.
Andai berjaya itu kataNYA.
Jika itulah kejayaan yang hanya akan membuka jalan kebinasaan, peringatkanlah.

Apa saja keputusannya,
“Semua ini pasti berakhir!”
Dengan mengingati hakikat ini,
HANYA dengan ini,
Kesedihan takkan perpanjangan,
Kesombongan takkan bertamu.

ALLAH sentiasa bersama.

******************


Rahsia. Semua orang ada. Baik yang terluah, mahupun terpendam di dalam dada.

Seperti saya. Saya suka bercerita, suka meluahkan, tapi suka juga memendam rasa. Uh. *tiada niat nak berkongsi rahsia di sini, waktu ini*

Tak banyak pun yang terjadi minggu ini. Tapi Allah seperti mahu tunjuk dan sedarkan saya tentang banyak perkara.. Ohh betapalah terujinya iman yang maha lemah ini..

Jangan rasa terkilan andai tiada siapa mahu mendengar bicaramu.
Jangan resah andai di jalanan kau sendirian.
Jangan berduka jika rasa di hati tak terungkap dengan kata-kata.
Jangan sakit andai marah dan rajuk itu tak siapa perasan.
Jangan menelan jadamnya kalau hanya mampu memendam.

Allah kan tahu. Allah dengar. Dia akan bantu.
Mungkin tidak segera, tapi satu masa nanti, pasti.
Bertahanlah diri, 
Selagi bisa. 
 
Frozen Roses. "Membekukan rasa-rasa yang tidak patut."

Masih tentang rahsia. Banyak rahsia yang terpampang luas di depan mata, tinggal manusia ja mahu ambil peduli atau tidak.

Ya, rahsia keagungan Allahlah yang saya maksudkan. Langit luas, yang teguh pasaknya walau tanpa tiang. Laut yang biru, juga menenteramkan itu, hujan dan gerimis. Apakah diciptakan semua itu tanpa sebarang makna?

Betapa ramai yang celik mata, namun apakah buta hatinya? Yang mengerti dalam hati, tetapi adakah ditolak tepi kenyataannya? Tengok, tengok cermin, tanya refleksi diri di sana.

Allah.

Biar selama mana sesebuah rahsia kita simpan, tiada satu pun rahsia di dunia ini yang pemiliknya sendirian.

Katakanlah (Wahai Muhammad): 
“Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." 
[Surah Ali 'Imran : 29]

Untuk diri sendiri, Allah ada. Dia tahu semua. Malah yang tersemat di kalbumu. Yang Mama Papa pun tak tahu.

Biarlah berahsia dengan manusia, tidak mengapa. Bukan semua rahsia perlu diceritakan. Kerana tak semua orang kita boleh letak sepenuh kepercayaan. Lainlah dengan Allah, mengadu saja penuh pengharapan. Dia suka. Dia sangat boleh diandalkan.

ALLAH sentiasa bersama.




Sunday, March 18, 2012

Birthday.

It’s now 25 Rabi’ul Akhir. Happy 19th birthday, Eika! (Who would even have the urge to know when is their birthday in Hijrah-calendar? Heh. =,=)

Quite early in the morning of my birthday; my joy knows no bounds. Because I know that it is a celebration in which I am the central figure and all eyes are set on me, and that I am the king of the occasion. Uh, NO lah.

I’m childish no more. (But still, I am, sometimes :P)

I observe my birthday and likewise many other people observe their birthdays. Observance of birthday does have a great significance, no doubt, for one whose birthday is observed and for his parents too.

Though I am quite merry over it, I should somehow be seriously thoughtful to know about the year going out and the year to come.

"We live only once. But if we work it right, once is enough.."

Personally, my birthday, today makes me conscious of my age and it tells me in a silent voice that so many years have passed away from my span of life. This makes me thoughtful. And I want to make stock-taking of my bygone activities, and chalk my proper programme for the future. Biiznillah.

You too, readers.  On your birthday, think what you have done in the outgoing year and what you shall do in the next.

Yalla Syabab..!

p/s: Siapa sahaja anda, doakan Allah melimpahkan saya ketekalan iman dan kebahagiaan. Dunia dan akhirat. Terima kasih. :)



Sunday, March 11, 2012

Teacher's Note

How should I begin? Urm..

Probably after the high school years had finished, when I heard such nice things about teacher, in TESL course, to be specific, I expected great things this year of foundation - and I have not been disappointed. 

Alhamdulillah.

I want to let everyone knows how much I enjoy my study, my life here. Even though, learning (to be a teacher, especially) is not even as easy as ABC. Indeed, I also know it will not be easy to teach a bunch of crazy kids in a class later on.

But in sya Allah, this foundation programme is meant to improve all teacher trainees’ academic achievement, focus and social interactions.

With so much I would have gained after next five years, I wish I can manage to keep my children all interested and we will even have fun. I wish all my friends will be so. All the best, guys!

I wish I'd had a chance to wish a proper DO’A from you readers in person, for I will then become such a fantastic teacher. Amin, amin, amin. ^^

I once found a quote saying that the greatest sign of a success for a teacher is to be able to say, "The children are now working as if I did not exist.” Whoa~

I want to have such enthusiasm and patience. I don't know how I can be able to keep it up without all your support!

Remind me when I forget. Teach me when I cannot remember. Involve me, I want to learn. :)

The Future English Teachers. In Sya Allah.

Credit to Afa, for the scanned photo :) 



"A hundred years from now, it will not matter what kind of car I drove, what kind of house I lived in, how much money I had in the bank...but the world may be a better place because I made a difference in the life of a child." - Forest Witcraft


I honour you, teachers all over the world. Keep on sharing your light! If Allah permits me to, and as if my destiny is written the same way, I will, as well.


Saturday, March 3, 2012

Hijau


Di akasia fantasi.

Saya didatangi seorang perempuan muda, sebaya, ketika sedang bersantai di luar bilik itu. Dia hanya duduk, menemani saya melayari samudera maya. 

Dia lagi, An-nisa’. Satu waktu dahulu, katanya dia melihat saya benar penggemar hijau. Kerana setiap kali ke mana-mana, saya akan memilih atau paling tidak pun tertarik pada apa-apa yang berwarna hijau dahulu, baru yang lainnya.


Ada kekuatan dalam ketenangan..

"Mengapa ya?", pernah sekali dia bertanya.

“Kerana bagai ada ketenangan yang tiada sempadan di sebalik warna hijau itu, seperti rimbunan pepohon rendang yang girang menerima limpahan cahaya suria. Aku mahu ketenangan menghadapi mihnah mahupun tribulasi mendatang dan takdir Tuhan dengan cara begitu,” Jawab saya yakin.

Iya, saya memilih untuk diselubungi, dikelilingi hijau supaya diri sentiasa teringat akan ketenangan, penerimaan dan takdir Tuhan.

Dia mengangguk perlahan.  Khali sejenak.

Saya meneruskan kata, "Dan, kalau baca riwayat hadith dan sanad yang sahih tentang syurga, banyak tentang kubah zamrud dan pakaian ahli syurga yang hijau, selain warna keemasan, perak dan lain-lain. Hijau seperti sesuatu yang signifikan. Mengapa Tuhan menjadikan bumi ini berhutan rimba dengan rona itu? Tentu ada hikmahnya, kan? Jadi, aku mahu merealisasikan keunggulan warna itu sebagai kegemaran."

Dia menekur lantai. Sekilas dapat saya lihat sengihan penuh pengertian pada riak wajahnya.

Lamunan saya terbebar serentak seruan menghadap  Tuhan kita bergaung-gaung dari entah arah mana. Saya kemudian bingkas meregangkan otot-otot yang keletihan.

An-nisa’ masih membisu. Setelah agak lama saya 'terperangkap' di sudut itu, saya melihat An-nisa’ tersenyum. Entah keriangan apa yang melepa di layar fikirannya. Barangkali juga kerana saya akhirnya berjaya meloloskan dari sudut sarat dugaan itu.

"Allah kan Maha Mengetahui segala-segalanya!", itu sahaja katanya.

Saya pun tersenyum. An-nisa’ dan warna hijau itu pun terbebar jauh, begitu sahaja, tanpa alamat, tanpa sepatah kata.
Saya kira hanya kebisuan sahaja yang mengisi pertemuan kami kali ini.

ALLAH.

Itu dia, laluan untuk seorang hamba menjadi penadah setia di atas lembar sejadah.
Sejadah hijau.


[Apabila terkuaknya pintu kejahilan, mencurah-curah hidayah masuk melaluinya..]