Assalamualaikum Warahmatullah ~ [macam dah lama je tak bagi salam sebelum mula..] . Tak mengapa , mulai hari ini , kita sama-sama lakukan anjakan paradigma : SEBARKAN SALAM ~! (ni padahal kerana peristiwa 9/4 : baca kisah taska ni . – Kredit untuk adik saya kerana 'tolong' ceritakan .. =,=”)
KISAH I
Tiga orang guru diminta masuk ke dalam bilik pengetua .
"Ini ada tugas yang sangat penting dan saya akan berikan tugas ini kepada guru yang terbaik di sekolah ini ," kata pengetua . "Kamu bertiga adalah guru terbaik di sekolah ini," tambahnya. "Kamu akan diberikan sekumpulan pelajar terbaik dari sekolah berhampiran daerah kita ni . Saya ingin kamu buktikan bahawa kamu sebagai wakil guru sekolah ini akan mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang .”
Pada masa yang sama di sekolah yang dimaksudkan tadi , 20 pelajar terbaik pula dipanggil ke dalam bilik pengetua mereka .
"Selamat datang. kamu adalah 20 pelajar terbaik sekolah ini. mulai esok kamu memikul misi dan tugas penting ,"
"Apakah misi itu tuan pengetua ?" tanya mereka.
"Kamu akan diajar oleh guru yang terbaik , dari sebuah sekolah terbaik mulai bulan depan . Kamu perlu buktikan bahawa pelajar sekolah ini mampu mencapai matlamat ini . Kamu yang terbaik . Saya yakin kamu akan berjaya ."
Semuanya berjalan lancar . Setahun kemudian , apabila keputusan peperiksaan diumumkan , 20 orang pelajar tersebut telah mencapai keputusan yang cemerlang . Selepas majlis penghargaan kepada guru dan pelajar yang berjaya itu , mereka sekali lagi dipanggil masuk ke dalam bilik pengetua .
"Hari ini saya akan membuka rahsia rahsia kejayaan ini . Sebenarnya , kamu semua bukanlah guru dan pelajar terbaik seperti yang saya katakan dulu . Malah, kamulah pelajar dan guru yang disifatkan sebagai paling bermasalah di sekolah . Tetapi saya yakin , sesiapa sahaja boleh melakukan yang terbaik sekiranya diberi penghargaan oleh diri mereka sendiri dan orang yang rapat . Itulah rahsia kejayaan kamu . Keyakinan diri yang kamu bina setelah berasa dihargai !"
Pengajaran : Fitrah manusia yang inginkan penghargaan dan dihormati . Apabila harga diri meningkat , seseorang akan mampu berusaha secara optimum untuk memanfaatkan segala potensi , bakat , dan kelebihan yang ada pada dirinya .
KISAH II
Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung . Di tengah perjalanan , profesor bertanya , ”Kamu pandai menulis dan membaca ?”
”Tidak , tuan . Saya buta huruf .”
”Oh , kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu ! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya .”
Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu . Sejurus kemudian , profesor bertanya lagi , ”Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan ?”
”Tidak , tuan . Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan .” jawab pendayung sampan itu .
”Kalau begitu , kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu . Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti ,”
Sampan terus bergerak . Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor . Air mula memasuki sampan . Mereka berdua bergegas mencedok air keluar dari sampan . Namun usaha mereka tidak berjaya kerana air begitu deras masuk . Ternyata sampan itu akan tenggelam ! Dalam keadaan cemas itu , si pendayung bertanya kepada profesor , ”Tuan ! Tuan pandai berenang ?”
”Err.. saya tak tahu berenang !“ jawab profesor panik .
”Kalau begitu , tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan !”
Pengajaran : Allah tak menjadikan manusia ini bodoh , tetapi Dia menjadikan setiap orang mempunyai ’kepandaian’ yang berlainan . Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri . Jadi , Tak ada manusia yang bodoh , yang ada hanya menusia dengan kepandaian yang berbeza .
Saya memang sengaja titipkan kembali kisah yang memberi motivasi ini ke dalam blog saya , memandangkan mesej yang ingin disampaikan agak dekat dengan keadaan saya sejak akhir-akhir ni . Mungkin jika ada sesiapa antara pembaca yang senasib / bersekeadaan dengan saya , sama-samalah kita muhasabah ya ? :-)
Status :
Pujuk hati .
Ikhlas .
Redha .
Syukur . J