Maher Zain kini semakin diminati ramai kerana lagu-lagu beliau yang sarat dengan mesej-mesej ketuhanan dan kerohanian.
Tapi persoalannya, siapa mamat ni sebenarnya? Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang latar belakang penasyid yang popular dengan lagu For The Rest Of My Life ni, tapi siapa sangka.. Maher Zain yang sedang kita perkatakan ni bukan sahaja mempunyai suara yang lunak disamping lagu-lagunya yang sangat best dan bermanfaat, malah dia juga tergolong dalam kalangan orang yang terpelajar.. ( zaman sekarang ramai orang yang memilih untuk menceburi bidang seni muzik/suara sebagai jalan termudah untuk mengejar kejayaan dan kemewahan hidup). Jadi, memang bukan calang-calang penyanyi la uncle Maher ni..
Mesti ada yang tertanya-tanya , apalah yang hebat sangat pasal Maher Zain ni? Nah, itulah yang saya mahu kongsikan kali ni.. [ walaupun saya agak ketinggalan tentangnya..huhu] dan memang tak salahlah kekaguman saya pada Maher Zain selama ni..:)
NAK TAHU?
Maher Zain sebenarnya banyak mendapat inspirasi dan mempelajari seni muzik ini daripada ayahnya.. Siapa ayahnya? Ayahnya merupakan seorang penyanyi di Tripoli, Lubnan... Jadi, Maher Zain ini merupakan rakyat LUBNAN... Namun, pada usianya menjejak 8 tahun, mereka sekeluarga telah berpindah ke SWEDEN.. maka, proses pembelajaran Maher Zain pun beralihlah ke Sweden.. Usia beliau mencecah 10 tahun.. dia telah mendapat keyboard pertamanya yang merupakan inspirasi terawalnya dalam bidang muzik ini...
Masa berlalu dan berlalu, Maher Zain telah menghabiskan sesi pengajiannya didalam peringkat bawah.. dan beliau kemudiaanya menyambung pembelajarannya dalam bidang KEJURUTERAAN AERONAUTIK (AERONAUTIKAL ENGINEERING)- hingga ke peringkat Sarjana...(Ya Allah, bukan calang-calang penasyid..mempunyai kepakaran dalam bidang Engineering..)... Namun, minatnya sangat-sangat mendalam terhadap Muzik sehinggakan bidang yang ingin dia ceburi bukanlah bidang kepakaran yang dipelajarinya itu... Hampir setiap malam, dia akan bersama teman-teman rapatnya menghayati, menulis lirik, menyanyi, bereksperimen akan bidang-bidang muzik ini... dan dari sinilah dia banyak mempelajari serba sedikit akan bidang muzik ini...
Dan dalam masa yang singkat, Maher Zain menjadi antara komposer muzik muda dan penerbit muzik antara yang terbaik..banyak lagu-terbaik telah diciptanya.. dan pada satu ketika, dia telah dilamar oleh Syarikat RedOne sebagai pengurus dan penerbit muzik di Syarikat itu... dan pada masa ini dia telah banyak membuat banyak lagu-lagu untuk artis-artis Sweden.. Tidak lama kemudian, dia telah berpindah dan bekerja di NEW YORK juga sebagai pengurus muzik dan sebagainya.. Sepanjang Maher Zain berada di sana, beliau pernah bekerja dengan Artis-artis top Hallywood seperti Kat Deluna yang ketika itu sangat HIT dengan lagunya Whine Up dan Run The Show... dan untuk makluman.. Syarikat RedOne bukanlah sebuah syarikat yang kecil.. Antara artis-artis dibawah naungannya adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids On The Block dan Michael Jackson...(ada antaranya yang saya tak kenal pun..huhu)
Bagi kebanyakan orang, kerjaya Maher Zain ketika ini adalah 'DREAM JOB' iaitu satu kerja yang sangat-sangat diimpikan oleh orang ramai dalam dunia Hollywood.. Namun, berbeza bagi Maher Zain, dia merasakan kerjanya ketika itu seperti ada yang tidak kena.. dia sangat-sangat mencintai Muzik, namun dia amat-amat membenci suasana dan keadaan Muzik di sana...
Dan kerana perkara ini, beliau merasakan adalah lebih baik dia meninggalkan pekerjaan yang tidak mampu membawa ketenangan dalam dirinya.. Lalu, dia kemudiannya meletakkan jawatannya dan mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya, Sweden.. Semuanya semata-mata untuk mencapai ketenangan dalam dirinya..
Dan pada masa inilah Maher Zain mula mengenali satu Kumpulan Brothers yang aktif dalam komuniti Islam di Stockholm.. dan dari sinilah titik permulaannya menjumpai ketenangan dalam hatinya dan mulai itu dia sangat selalu hadir ke Masjid di sana...
kagum kan? saya suka baca profil dia ni walaupun berulang kali.. dan setiap kali itu la saya akan tersenyum bangga..[kenapa pula? tak ada kena-mengena langsung.. !~]
Sesiapa yang meminati Maher Zain, anda bolehlah teruskan meminati beliau..dan berikan sokongan anda pada kerjaya murni penyanyi ini..! sebagai penutup, saya suka nak kongsikan kata-kata Maher Zain yang saya petik dari blog seorang hamba Allah [saya tak ingat pula siapa orangnya..maaf ya ! ].
"If I had one thing I’d like to tell people out there it would be that it’s so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that’s what happened to me.”
pen off here..;)
kagum kan? saya suka baca profil dia ni walaupun berulang kali.. dan setiap kali itu la saya akan tersenyum bangga..[kenapa pula? tak ada kena-mengena langsung.. !~]
Sesiapa yang meminati Maher Zain, anda bolehlah teruskan meminati beliau..dan berikan sokongan anda pada kerjaya murni penyanyi ini..! sebagai penutup, saya suka nak kongsikan kata-kata Maher Zain yang saya petik dari blog seorang hamba Allah [saya tak ingat pula siapa orangnya..maaf ya ! ].
"If I had one thing I’d like to tell people out there it would be that it’s so easy to see the right way if we just open our eyes and look properly; that’s what happened to me.”
pen off here..;)
No comments:
Post a Comment