Duhai teman, sesungguhnya dirimu adalah sebaik-baik kejadian..
Namun ketahuilah, Allah tidak memandang kepada rupamu dan hartamu..tetapi semulia-mulia insan di sisiNya adalah yang paling bertaqwa di antara kamu..
Kecantikan lelaki adalah pada kjujurannya, sntiasa memelihara maruah diri dari terjerumus ke lembah kehinaan lantaran nafsu yang bergelora.
Menghiasi diri dengan pengetahuan agama yang mantap, menyuluh nurani dengan iman dan sentiasa bertaqarrub akan membuahkan kedamaian.
Jika roh kebenaran terhakis dengan debu-debu noda dan dosa, maka musnahlah harapan dan robohlah sendi kejayaan.
Wanita yang paling cantik adalah yang baik akhlaknya, berseri wajahnya, mencintai dan merindui suaminya serta tak banyak memandang kepada lelaki lain.
Pandangan tersebut akan memusnahkan fikiran dan kalbu serta peribadi. sebaliknya jika memandang dengan mata hati, kebenaran dan tawadhuk, maka mereka menjadi wangian menghiasi taman-taman dunia dan akhirat.
Duhai teman-temanku..
Indah sungguh seulas bibirmu itu..
maka hiasilah ia dengan alunan zikrullah..[ dan berzikirlah kamu kepadaNya, nescaya hati2 akan menjadi tenang..]
Cantikkan ia dengan segaris senyuman ikhlasmu..ssungguhnya ia adalah sedekah yang paling mudah..
jauhilah dari sebarang umpatan dan fitnah keji, kerana keduanya akan menjerumuskan kamu ke dalam neraka..
Ayu dan tampan sungguh wajahmu tatkala lirikan matamu mempesona mata yang memandang..
tetapi secantik manapun iris bola matamu itu, tak berguna jika kamu pergunakannya ke jalan yang diharamkan..
wahai sahabat-sahabat seperjuanganku, jauhilah matamu dari memandang yang ajnabi..
Ingatlah bahawa sesungguhnya pandangan itu adalah satu panahan syaitan..
Sekilas pandangan rahmat yang datang, sekali pandangan jangan kau ulang..
Sahabat-sahabatkuku, gunakanlah ia untuk melihat keagungan ciptaan Illahi..mudah-mudahan kamu beroleh petunjuk dan hidayah..
Wahai wanita-wanita muslimah..
Jagalah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..ingatlah seusai baginda Rasulullah SAW melewati neraka di kala diisrakkan, baginda menceritakn bahawa penghuni-penghuni neraka itu kebanyakannya adalah mereka yang tidak menutup aurat dan yang menderhaka kepada suaminya..
Tutuplah auratmu dgn sempurna sepertimana Firman Allah di dalam surah An-nur di mana wanita muslimah diwajibkan melabuhkan jilbabnya hingga ke paras dada, dan tutuplah auratmu kpd lelaki2 kcuali yg mahram..
Janganlah kamu berpakaian tetapi seperti bertelanjang [ dengan berpakaian nipis serta mengikut bentuk badan]
Jagalah maruahmu dan serahkan ia kepada yang benar-benar berhak iaitu suamimu yang tercinta..
Moga akhlak menjadi hiasanmu, moga Al-quran menjadi temanmu, moga Jannatunnaim tempat tinggalmu..
Rasulullah SAW bersabda,"dunia itu adalah perhiasan, dan seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.."