''dengarkanlah dengan hatimu..
jangan kau dengar dengan jiwa buta..
dengarkanlah kata-kataku..
jangan kau lihat siapa aku..''
jangan kau dengar dengan jiwa buta..
dengarkanlah kata-kataku..
jangan kau lihat siapa aku..''
Kemaafan dipohonkan sekiranya selepas ini akan tersinggung dengan kata-kata saudara yang kasihkan saudaranya.. Apa yang baik datangnya daripada Allah dan ambillah ia.. Segala yang tidak baik buanglah ia jauh dari pandangan mata hati.. Tak usah dinilai diri ini.. Tetapi ambillah iktibar dan pengajaran atas apa yang disampaikan..
Banyak kenangan telah dilalui..pahit, manis, susah, senang, suka, duka..semuanya masih segar diingtan.. Semakin jauh aku melangkah semakin aku sedar betapa banyak kesalahan yang aku lakukan pada masa lalu.. Zaman remaja sememangnya zaman yang penuh dengan konflik emosi dan perasaan.. Itu mmg lumrah.. Aku juga tidak bisa menepis panahan-panahan cinta pada zaman ini.. Panahan pertama yang membuatku terhanyut dibuai lembut belaian cinta sang khalifah di bumi ini lantas terlontar ke dunia khayalan..hingga akan hampir aku terlupa akan singkatnya perjalanan hidup ini..
Tika itu diri lalai dengan kenikmatan dunia yang tiada apa-apa makna padaNya.. Saat aku tersedar daripada lena..barulah aku sedar akan kecintaanNya yang melangit luas.. Dan kerana kecintaanNya itulah aku kembali berpijak di dunia nyata..saat aku dikecewakan., Dia hadir memberi peringatan dengan seluhur kasih sayangNya..,mengingatkan aku dengan tarbiyyah pencipta hinggakan aku berasa amat terpukul dengan dosa-dosa lampau..waktu itu tiada apa-apa yang difikirkan.,hanya kekesalan..alam menjadi saksi kelalaian diri..menangis, meraung dan meratap.. tak mampu mengubah segalanya..semuanya telah tertulis dan semua itu datang dari kesilapan diri sendiri..yang selama ini hanya memikirkan suatu keseronokan ..,bukan tangunggjawab.. Ya Allah, seandainya dapat ku undurkan putaran masa..~
Namun benarlah pengalaman mendewasakan..segala memori lampau sedikit sebanyak mempengaruhi siapa aku pada hari ini.. sentiasa ku ingat kata-kata seorang hamba Allah yang banyak berjasa dalam hidupku..'Di mana kita bermula tidak penting,,yang penting di mana kita berakhir..'..
Kenangan lama memang manis dan nyaman..dan kadang-kadang bergelora juga dengan gelombang-gelombang..tapi hanya itu sahaja yang wujud sekarang ini..sebuah kenangan adalah sebuah nikmat dan sebuah rahmat yang sulit dibuang..ia memberi kesejahteraan di waktu-waktu seperti sekarang..
Dalam hidup ini, semakin kita kenal seseorang, semakin banyak kelemahan mulai terbias sehingga selalu kedengaran orang berkata..'kawan ni, silap memilih buruk padahnya.'..tapi keyakinan terhadap Tuhan yang telah menemukan kita semua..seperti ada kekuatan dalam diri yang terdorong untuk membenarkannya..saat ini aku bersyukur kerana dikurniakan teman yang sentiasa menunjuk jalan dekatiNya tika dri dalam kebuntuan.
Seringkali dalam doa dipohonkan padaNya agar didorong ke arah pilihan yang benar..kita mampu merancang tapi ketentuannya tetap di tangan Tuhan..belajarlah menghargai apa yang di depan mata.. Tuhan yang esa, keluarga tercinta, sahabat setia..sebab selalunya peluang yang baik hanya sekali..belajarlah menghargai dan menyayangi diri sendiri kerana ianya anugerah Allah yang tiada nilainya..
Kembalilah kepada Allah..kerana cintakanNya adalah lebih baik daripada cintakan manusia..cintakan Allah janjiNya pasti.. Belajarlah dari kesilapan lalu.. Biar orang lain jaga akal, jaga nafsu, jaga perut..kita di sini hanya jaga hati.. kerana dengan jaga hati, yang lain dengan sendirinya akan terjaga.. Buatlah pilihan yang terbaik.. kalau takut menanggung kesilapan yang lalu, biarkan ia..jangan lagi menoleh ke belakang kerana apa yang di depan masih boleh ditentukan.. Life must go on..whatever it takes..!~..
semoga Allah memberi taufiq + hidayah untuk kita sama-sama ambil iktibar, amal dan sampaikan..insyaallah..
No comments:
Post a Comment