Dulu, sewaktu masih di bangku sekolah, saya cukup membenci nama sendiri.
Dan saya teramatlah cemburu melihat teman-teman lain yang punya nama yang tidak
aneh - cantik dan baik.
Sedang nama saya, kedengaran pelik – anggapan dan ‘pemberitahuan’ yang paling
teguh dipasakkan ke dalam sukma selepas satu saat diri dihambat kekeluan dan
malu yang teramat apabila seorang ustazah menegur tentang nama saya yang
jelasnya ‘tiada makna’.
"Ya. Aku masih tertanya-tanya.." |
Dan sedang masa mendewasakan, saya mulai mengerti dan terus-terusan membilang
pada diri ─ Apalah yang pada sebuah nama..?
Allah.
Fikir saya, nama ini sendiri adalah sebuah harapan. Harapan besar yang dibina
oleh Mama Papa; yang barangkali telah (dengan teruja) membinanya sebelum roh
ini ditiupkan ke rahim bonda. Mereka, tentu sepenuh mahunya untuk saya tekal
mendewasa seiring harapan tersebut.
Bahkan saya percaya lagi yakin bahawa mana-mana orang tua pun tanpa kita
sedar sebenarnya telah bersastera melalui nama anak-anak mereka. Ya, makna di sebalik
nama itulah yang saya katakan sebagai sastera – narasi hidup yang bergerak
nyata tanpa hujungnya.
Kitalah, pembawa nama ini yang bakal ‘memaknakan’ sastera itu walau ke
mana saja kaki melangkah di atas bumi ini. Sekalipun langkah tersebut telah
terhenti kerana kematian, tetapi akan tetap saja nama itu dikenang.
Meskipun orang tua yang memberikan nama buat kita, hakikatnya, tanpa izin-Nya
juga ia takkan menjadi sebuah kenyataan
bukan ?
Ya, kerana pada asalnya Tuhanlah yang telah lebih awal menamakan kita
sebenarnya. Maka dengan itu, bersaksilah harapan di atas harapan.
Maha Suci Allah, atas keindahan yang tercalit pada sebuah nama. Senyum. :)
Putri Zuleika FEREIZYA.
Mungkin tiada maknanya nama ini menurut mana-mana bahasa di dunia, tapi biarlah
saya sendiri yang akan memberi makna pada nama ini. *Dengan menjadi insan yang
istimewa, se-unik nama ini. Jika Allah mengizinkanku.. ;)
p/s: Siapa tahu barangkali kerana nama inilah saya
sering dibaluti kekuatan yang serba aneh untuk bangun semula dari rusuh dan
resah jiwa kan? :’)